"Andai Rasulullah saw masih ada di antara kita..."
Hari ini selesai sahur, rutin bulan Ramadhan, sementara tunggu Subuh, tonton cerita yang aku pernah cerita sebelum ni.
Lau Ka na bai na na.."Andai Rasulullah saw masih ada di antara kita..."
Pernah tanya diri sendiri?Apa kita akan buat jika kita berpeluang berjumpa dengan Rasulullah saw selama 1 minit?
Andai Rasulullah saw masih ada di antara kita, adakah kita seperti kita sekarang?
Sebak apabila host rancangan menemuramah orang-orang awam secara random dan bertanya tentang hal ini.
(Aku mahu bercerita lebih, tapi tak terhasil. Tak terkeluar ayat untuk disusun. Kena tonton sendiri baru tahu betapa menusuknya jauh ke dalam hati cerita tu. Dan dari sini juga kita boleh tahu sejauh mana iman kita, sayangnya kita pada Rasulullah saw, sekiranya kita diterjah sebegitu rupa. Tapi alhamdulillah, orang-orang awam yang diterjah oleh rancangan ini semuanya menyayangi Rasulullah saw.)
Teringat sewaktu host menemuramah seorang wanita Arab di supermarket, dan bertanya...
"Andai anda berpeluang berjumpa Rasulullah saw selama 1 minit, apa yang akan anda lakukan?"
menitis air mata wanita Arab tersebut, sambil menjawab, "Saya akan merayu pada Rasulullah untuk bawa saya bersama ke syurga Firdaus dan memohon untuk meninggalkan dunia ini".
Sebak.
No comments:
Post a Comment