dan apabila kita hampir tiba di penghujung bulan mulia Ramadhan 1432H...
syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan untuk sama-sama mengerjakan ibadah dan menyambut bulan yang penuh keberkatan ini...Alhamdulillah.
Semoga umat Islam di seluruh dunia mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan dan semoga amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.
Tahun ini kali pertama aku menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri.
Bagai langit dan bumi bezanya jika dibandingkan dengan saat-saat aku bujang dahulu.
Dahulu, boleh dikira dengan jari berapa hari dari 30 hari itu aku yang bangun sendiri untuk menyediakan sahur.
Selalunya dipanggil ibu, baru bangun.
Mata kadang liat sungguh. Syaitan mana agaknya yang tidak diikat yang masih bertenggek di atas kelopak mata aku ni.
Mahal benar harga tidur aku ini, kononnya.
Baru disuruh sahur.Nama nak bangun solat sunat, jauh sekali.
Benar kata orang, lain rasanya bila bergelar isteri.
Tak sanggup tak bangun pabila sang suami jenis makan nasi tatkala sahur.
Berita baik, aku turut serta makan.
Malas kena tolak ketepi. Sayang,kan?
Jam 5, berdentum dentam dapur. Sehingga ada satu hari aku cuba capai pinggan di rak atas, habis tertolak mug yang bersusun-susun.
jatuh 2 mug ke atas tembok dapur dan prangg ke lantai.
Kalau ada si jiran tetangga yang tak sabar, mau dapat pahala free aku kena marah pagi-pagi dah bikin bingit telinga.
Seronoknya Ramadhan apabila dapat tarawikh bersama sang suami di masjid.
Solat subuh jemaah. Tenang rasanya.
Walaupun hanya sahur berdua, berbuka berdua, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan rasa bahagia yang lain,Alhamdulillah.
Raya tahun ini kami tak buat baju raya.
Banyak baju sebelum Ramadhan haritu baru buat.
Untuk kenduri kakak ipar dan sebelah lelaki, belum pakai lagi.
Aku dah rancang, mahu pakai baju nikah atau baju menjadi pengapit bersama suami seminggu sebelum kami menikah dahulu, pemberian sahabat baik.
Baju boleh buat bila-bila.
Baju tunang ada lagi, dan beberapa baju yang baru sekali pakai.
Dan aku juga tidak terlalu teruja ke arah itu.
(kerana mahu simpan duit untuk perkara lain,insyaAllah =))
Kalau dahulu raya masa berstatus tunangan, hantar MMS di pagi raya.
Senyum simpul bila kita pun terima MMS dia.
Kini, boleh bergambar bersama,insyaAllah.
Hari ini hari terakhir bekerja.
Sebenarnya mahu mula cuti dari Jumaat.
Tetapi memandangkan Jumaat pagi sudah mahu bertolak ke Besut, maka aku awalkan sehari untuk tujuan mengemas dan urusan-urusan lain.
Akan singgah ke rumah ibu ayah di Putrajaya, dan bermalam di rumah mertua di Cyberjaya.
Doakan perjalanan jauh kami selamat semuanya, insyaAllah.
Kepada pembaca, ucapan maaf dihulur seandainya pernah terkasar bahasa, perbuatan dan apa saja.
Sama ada di luar kawalan, dalam kawalan, di luar akal fikiran, maafkan saya.
Zahir dan Batin.
Selamat menyambut Aidilfitri bersama orang tersayang.
Jangan terlalu leka, kita tak tahu bila ajal kita.
Pernah terdengar seorang ustaz berkata di dalam TV mengenai kata-kata sahabat Rasullullah SAW...
"Andai umat Islam tahu betapa banyaknya manfaat di bulan Ramadhan, pasti mereka tidak mahu meninggalkannya..."
Perbanyakkan amalan.
Dalam radio IKIM pagi tadi ada seorang pemanggil berkongsi pendapat,
"Duit raya kalau boleh bagi di bulan Ramadhan, insyaAllah lebih banyak manfaatnya berbanding Syawal. Mari kita bagi awal2.dapat pahala sedekah di bulan Ramadhan, insyaAllah".
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment