dahulu...semasa saya bersekolah,dalam umur saya kira-kira 10-15 tahun, pernah saya terfikir.
ingat lagi ketika itu saya sedang mengerjakan solat tarawikh di surau Taman Bukit Mewah,Kajang.
kerana kami sekeluarga tinggal di Kajang sehingga tahun 2002.
pada waktu itu,sedang saya solat di saf paling hadapan sekali (walaupun kerap ditegur oleh makcik-makcik supaya memberi ruang kepada orang-orang tua untuk duduk di saf hadapan)...
waktu sedang solat,tiba-tiba terdetik..
bagaimana iman seseorang diukur?
bagaimana kita tahu iman seseorang ini tinggi atau rendah?
menggunakan akal seorang yang masih kanak-kanak/remaja (ketika itu)..saya membayangkan..
saya ibaratkan semua orang di dunia ini adalah sebutir bintang.
bayangkan ada berjuta-juta malah berbillion-billion bintang di langit yang saya membayangkan pada waktu itu adalah malam
maka bercahaya semuanya.
sama seperti apabila kita keluar pada waktu malam dan melihat banyak bintang yang cantik bertebaran di langit.
subhanallah.
tapi yang membezakan setiap bintang adalah ketinggiannya.
untuk menjawab (dan membayangkan) persoalan saya tadi..saya terfikir.
jika seseorang manusia membuat baik,maka semakin tinggilah kedudukan dia (bintang).
semakin dekatlah manusia itu dengan Allah SWT.
dan sekiranya dia melakukan larangan Allah SWT, semakin rendahlah kedudukannya. Maka semakin jauhlah dia dengan Allah SWT.
Maka barangsiapa yang melakukan perkara-perkara yang baik, mengikuti segala suruhan Allah serta menjauhi laranganNYA, maka semakin tinggilah kedudukannya di langit itu.
Subhanallah.
dan saya terfikir,agaknya di manalah saya di antara jutaan dan billionan bintang-bintang tu.
semakin lama semakin tinggikah?atau semakin rendah?
wallahualam.
No comments:
Post a Comment