Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya.
Satu musim yang Allah letakkan kebaikan-hari Jumaat.
Adab/Sunnah menyambut hari Jumaat :
1. Mandi
2. Memakai pakaian yang terbaik - Sunnah Rasulullah SAW, kegemaran baginda adalah pakaian berwarna putih.
3. Memakai wangi-wangian
4. Memotong kuku, bercukur dan menggunting bulu yang dibolehkan
5. Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim.
Adab keluar ke masjid
1. Berjalan selagi mampu dan jika masjid berada berdekatan
2. Masuk awal ke masjid sebelum imam berada ke mimbar
3. Menunaikan solat tahiyyatul masjid
4. Mendekati imam
5. Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan
Adab pada hari Jumaat dan malam sebelumnya
1. Membaca surah al-Kahfi "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga ke hari Jumaat berikutnya".
2. Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW
3. Memperbanyakkan doa dan menunggu saat doa dimakbulkan
Allah berfirman, Katakanlah : "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu." (Al-Imran, ayat 31)
Semoga beroleh manfaat darinya, in shaa Allah.
No comments:
Post a Comment