saya memasang cd zikir Allahyarham Ustaz Asri..
entah kenapa tiba-tiba terbayangkan di mana agaknya saya beberapa minggu lagi
terbayangkan diri di dalam bilik bersalin.
mampukah saya?
sedangkan sakit senggugut pun menangis seperti anak kecil
esok, hari Jumaat..genap saya membawa kandungan selama 35 minggu
bagaimana agaknya rasa, perasaannya..
hanya Allah yang tahu debaran sebenarnya
terus teringat mak mertua kata..inilah jihad oleh seorang perempuan,betapa besarnya jihad kita.
Maha suci Allah.
Jika dulu, asal hari minggu tamat dan mula menginjak ke hari Isnin..hati mesti terdetik kata..
"Lambat lagi hari Jumaat".
Tapi sekarang terasa cepat sungguh masa berlalu, lebih-lebih lagi bila trimester ketiga ni
Macam mana agaknya kehidupan beberapa hari/minggu akan datang?
Betapa pastinya manusia akan hidup lebih lama,subhanallah.
Terus berderai air mata.
Duhai hati, cekallah.Buang jauh-jauh rasa takut itu.
Allah sentiasa bersamamu, itu pasti.
No comments:
Post a Comment