Friday, April 26, 2013

dari Dia kita datang..kepada Dia kita kembali...

hari ini dikejutkan dengan insiden Timbalan Pengarah Kastam Malaysia, maut ditembak dengan jarak dekat di Putrajaya.
Innalillahiwa'innailaihirajiun...

Walaupun saya tidak mengenali arwah, tetapi saya percaya kejadian ini cukup untuk memberi kesan kepada penjawat-penjawat awam di Malaysia..termasuklah saya.

Rata-rata orang terkejut dengan kejadian tersebut,apatah lagi ianya berlaku di kawasan Putrajaya sendiri, sewaktu arwah dalam perjalanan ke tempat kerja.

semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah kerana beliau dalam perjalanan ke tempat kerja.


Sumber : Utusan Malaysia online

Dari beberapa sumber, ramai mengatakan bahawa arwah adalah orang yang baik. Juga tegas dalam melaksanakan tugas. Tempat/jawatan/kedudukan seperti di tempat beliau, cukup dikenali sebagai antara tempat yang berisiko tinggi. Mungkin terdapat'orang-orang luar' yang mungkin tidak berpuas hati di atas penguatkuasaan dasar/undang-undang kerajaan dan sebagainya, wallahualam.

Ini mungkin salah satu kejadian yang kita tahu. Mungkin kerana arwah adalah di antara kedudukan yang tinggi dalam organisasi. Mungkin juga kerana faktor lokasi beliau diserang adalah di kawasan yang orang mungkin tidak sangka-sangka akan berlaku..

Sedangkan ramai lagi di luar sana yang mungkin/sedang menghadapi ancaman-ancaman seperti ini...
Bagaimana dengan anak-anak buah beliau yang melaksanakan tugas?
Cabaran buat penjawat-penjawat awam..hanya Allah yang dapat membalas jasa dan usaha kalian dalam melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah,in shaa Allah.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini..terdapat juga 'bunyi-bunyi' dari sahabat-sahabat di luar sana mengeluh lebih kurang seperti ini "alahai, susahnya jadi orang baik"..ataupun "bila buat baik,ini pula akibatnya" kesan daripada kejadian tersebut.
Agak kurang setuju saya dengan ayat-ayat seperti ini sebenarnya.

Bukankah Allah SWT telah berjanji akan ada ganjaran untuk orang-orang yang melakukan amal kebaikan?
Mengapa mesti dipertikaikan?
Apa yang kita nampak hanya di dunia..ganjaran di akhirat,tiada siapa yang tahu. Hanya Allah SWT.
Jangan kerana apa yang berlaku mematahkan semangat kita khususnya umat Islam untuk melaksanakan amal kebaikan wahai sahabat.

Mari kita berdoa agar arwah dan sahabat-sahabat lain di luar sana yang terkorban ketika/berniat untuk melaksanakan tanggungjawab ditempatkan di kalangan orang-orang yang mati syahid, beriman dan di redhai oleh Allah SWT.

Betapa tingginya semangat mereka, betapa berani dan cekalnya mereka dan keluarga mereka.
Tiada bezanya kejadian ini dengan yang sama-sama berjuang untuk mempertahankan negara di Lahad Datu baru-baru ini.

Peringatan untuk diri saya sendiri,mudah untuk kita melakukan amal kebaikan sekiranya kita tahu apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Bagaimana cara pengakhiran hidup kita,itu telah ditetapkan olehNYA.
Manusia boleh memilih untuk menamatkan nyawa manusia lain sekiranya dia mahu..tetapi janji Allah, tetap benar.

Jangan takut untuk melakukan amal kebaikan, sahabat.
Apa yang di lihat hanyalah ketika kita di dunia.

Jadikan ia sebagai pengajaran kepada diri kita sendiri..tatkala orang lain sibuk dengan urusan naik pangkat, gaji, ketidakpuasan hati dengan itu ini, ianya hanya perkara kecil dibandingkan dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT...

Semoga bermanfaat...

No comments: