alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai Disember 2015...
syukur Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki.
dari segi kerja, kami telah berpindah ke bangunan baru..
officially Jumaat lepas, 4 Dis 2015
selamat tinggal bangunan lama, selamat datang ke tempat baru =)
so welcome to the new office =)
4 Disember juga hari lahir Ibu tersayang yang-ke 58. Terima kasih Ibu atas penat lelah melahirkan, membesarkan, mendidik, menjaga Ha.
Ha doakan Ibu sentiasa sihat, diberkati dan dirahmati Allah, dipertingkatkan iman dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..amin
sayang Ibu =)
alhamdulillah, selesai waktu-waktu sibuk di pejabat untuk tahun ini.
kerja di pejabat berjalan seperti biasa.
haritu tanggal 2 Disember saya bertugas ke Parlimen, Dewan Rakyat.
murah rezeki, dapat jumpa sahabat lama saya semasa saya bekerja sementara di DRB-HICOM tahun 2006/07 dulu. Kak Zatul, banyak bantu saya dan insan yang paling rapat dengan saya dulu..selalu tumpang kak Zatul pergi balik pejabat di Shah Alam dulu =)
kak Zatul sama-sama dengan saya di public service sekarang..
minggu sebelum tu, jumpa sahabat lama juga..kak Eira, sahabat lama masa di KuITTHO dulu.
rindu sungguh kat kakak ni, walaupun pejabat sekangkang kera je..tapi jarang sangat jumpa.
Jumpa dulu pun masa masing-masing belum kahwin lagi =)
dan ada lagi, jumpa sahabat sebilik, satu kelas, satu rumah sama-sama susah senang masa di KuITTHO dulu..
dari tahun 2002 sampai grad 2006.
in shaa Allah murah rezeki jumpa lagi =)
seronok jumpa Shima, Azla, Eyla. masing-masing seorang di merata tempat di Malaysia.
semoga Allah berkati dan pelihara hubungan kami, in shaa Allah








2 comments:
hoi!! ade ultraman baju belang putih merah!! sebiji alif...dahla dua2 mata sepet hahahaha
hehehe..gitula gaya nye skarang wanie.hihi
Post a Comment