Thursday, December 10, 2015

ulam pegaga

saya terpaksa mengaku pada diri sendiri, saya memang seorang yang tidak menjaga pemakanan..
bila tengok-tengok tentang kesihatan orang lain yang tidak berapa baik, kadang terdetik juga hati ni nak jaga pemakanan..

nak makan sayur banyak, buah banyak, minum air suam banyak
tapi tak pula terdetik nak kurangkan makanan manis, banyakkan beraktiviti

mungkin juga tiada momentum kuat yang memaksa saya untuk buat seperti yang di atas
kalau dikira dari segi kesihatan, alhamdulillah sehingga hari ini Allah memberi pinjaman kepada saya dan keluarga kesihatan yang baik.
cuma kadang kala cabaran-cabaran kesihatan kecil yang datang

dari segi berat badan juga saya mengaku, kerana genetik yang tidak besar, saya dan adik beradik yang lain boleh dikategorikan sebagai kurus, atau sedang-sedang sahaja saiznya.

berat saya, semasa di universiti, cukup-cukup makan berat ideal.
selepas masuk era bekerja, bmi underweight.
ketinggian 159cm, berat saya di antara 44-48kg dari zaman belajar hingga sekarang.

cuma selepas bersalin, berat sudah di antara 47-48kg.
apa pun, alhamdulillah kerana kesihatan yang baik yang Allah kurniakan.

saya saaaangat sukakan makanan manis.
dari kecil, saya dan keluarga memang chocaholics, dan sweet tooth.
walaupun suka makanan manis, coklat, kek, kami sekeluarga tak minum air bergas.atau carbonated drinks.

saya juga tidak minum kopi.
saya masih ingat, semasa kecil dalam lingkungan 2 tahun, saya tinggal dengan atuk dan nenek saya di Kluang, sementara ayah di KL dan Ibu di Johor Bahru.
nenek dan atuk bawa saya ke rumah kawan atuk di Kluang.
tuan rumah menghidangkan air kopi. masih saya ingat lagi, cawannya putih, kopinya hitam.

mungkin itu kali pertama saya tengok air berwarna hitam, terus saya tak suka.
sampailah sekarang. 
hehe

dua tiga menjak yang lepas, saya teringat.
dahulu, Ibu saya suka buat dan minum air pegaga.
Ibu saya memang suka makan ulam-ulaman.
anak-anak pun di ajar makan sayur
tapi bila dah besar, ikut tekak sendiri, rasa mahu makan sayur, saya makan.
rasa tak mahu, tak makan
walaupun macam tu, saya paksakan diri juga bila memasak di rumah, mesti ada sayur.

jadi kelmarin saya kirim ke suami saya, untuk membeli pegaga sekiranya dia ke pasar.
makan nasi, berulamkan pegaga, kemudian untuk kali pertama saya buat jus pegaga!



harap-harapnya dapatlah mem'bersih'kan sedikit sebanyak lemak-lemak tidak sihat dalam badan saya ni.
masa blend memanglah ada bau-bau rumput sikit, tapi bila minum, campur dengan sedikit madu, not bad!
rasa macam air tebu

banyak khasiat pegaga ni sebenarnya, selain awet muda, dapat melancarkan peredaran darah, selain banyak zat makanan seperti protein, zat besi, vitamin A dan C.

semoga bermanfaat, In shaa Allah.

No comments: