Monday, December 14, 2015

the power of Doa

seorang sahabat di zaman saya universiti dahulu pernah bercakap...

kita tak tahu, orang yang mungkin jarang kita jumpa, adalah orang yang selalu doakan kita.
sampai sekarang ayat tu terkesan di hati saya.

kita juga tak tahu, orang yang rapat dengan kita atau orang yang jauh dengan kita, yang mungkin kita ingat-ingat lupa kewujudannya, orang itulah yang selalu mendoakan kita.
Ambil iktibar, kita juga mendoakan mereka, semua.

doakan suami/isteri kita, ibu ayah kita, ibu ayah mertua, adik beradik, sahabat handai, semua umat Islam di muka bumi ini.

kita doa sahaja, Allah kan suka orang yang berdoa dan memohon pertolongan dari Dia?
siapa tahu, antara orang-orang yang mendoakan kita itu, antara orang-orang yang beriman, Allah makbulkan doa dia.

seperti contoh, Ibu kita.
kita tak tahu, selama ini selepas solat, atau bila-bila masa Ibu kita sentiasa doakan anak-anaknya jadi anak yang soleh, diberkati dan dipermudahkan urusan.
kerana itu alhamdulillah, rezeki kita sentiasa melimpah ruah, kesihatan kita baik-baik sahaja, duit gaji cukup setiap bulan.
mungkin kerana doa orang lain?
wallahualam.

kerana itu juga, saya secara peribadi tidak kisah tentang orang mahu berdoa di mana-mana.
ada sesetengah orang,  rasa tidak puas hati bila orang letak status di facebook berdoa itu dan ini.
katanya macamlah Allah dengar dan baca status dia tu.
dan lebih baik dia pergi berdoa atas sejadah dari membazir masa taip status doa panjang-panjang di facebook.

tak apa lah, kita mana tahu bila waktu dia berdoa atas sejadah, di waktu hujan dan waktu-waktu lain kan?
berdoa di facebook, mungkin ada yang mengaminkan doanya, dan ada di antaranya juga yang membaca doa tersebut, ada juga orang-orang beriman yang membaca dan Allah kabulkan doanya?
wallahualam.

manusia, memang sentiasa memerlukan reminder.
pernah terbaca satu kisah perkongsian orang, seorang sahabat dalam group Whatsapp setiap pagi akan message di dalam group, "Salam Subuh semua!"

pada yang hatinya memilih untuk rasa tidak suka, mereka rasakan annoying-nya message-message seperti ini setiap hari, macamlah orang lain tidak solat Subuh.

suatu hari, sahabat yang selalu menegur di Subuh hari, telah kembali ke rahmatullah.
baru sahabat-sahabat dalam group sedar, tiada lagi sahabat yang selalu mengingatkan mereka setiap kali Subuh.

sampai begitu pengaruhnya hidup seorang manusia ke atas manusia yang lain, kan?

agak-agaknya, apa perkara baik tentang kita yang orang sekeliling kita akan ingat tatkala kita sudah tiada?

p/s : perkongsian diri sendiri semoga bermanfaat buat semua, seorang sahabat saya sentiasa mengingatkan tentang solat di status facebooknya. Contoh seperti "sudah solat Subuh?" "sudah solat Dhuha?" "sudah solat awal waktu?" siapa sangka, selama ini saya hanya membaca tanpa kesan, suatu hari terus saya tinggalkan perkara yang saya sedang buat dan terus solat. semoga sedikit sebanyak perkara baik yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah. siapa tahu?






semoga bermanfaat, in shaa Allah.

No comments: