Allah menyuruh kita menjaga silaturrahim sesama manusia..
keliling kita kan makhluk-makhluk Allah juga, manusia yang kita jumpa hari-hari
suami kita, ibu ayah kita, anak, kawan-kawan, bos, saudara mara ipar duai
perangai, percakapan, kena jaga
jangan cakap kasar-kasar, kita tak tahu..mungkin bukan sekarang, pada waktu akan datang
bila waktu kita sedang bersenang-senang, waktu kita nak naik pangkat, alih-alih ada orang dengki dengan kita
check-check rupanya kita pernah secara tak sengaja sakitkan hati dia
melalui perbuatan, melalui percakapan
sekarang, mungkin belum nampak
mana tahu satu hari nanti, bila tiba masanya baru kita tahu ramai orang tak suka dengan kita
bukan makna kata kena buat semua orang suka dengan kita
tapi sekurang-kurangnya tidak menyakitkan hati orang, bila bercakap biarlah lemah lembut
tidaklah sepelaung boleh dengar suara kita
cakap lemah lembut tapi perli kuat pun tak baik juga, kan?
pernah dengar, dari kita bercakap perkara yang menyakitkan hati orang, lebih baik kita diam.
but bear in mind, silence is not necessarily golden
=) jadi, berpada-padalah ya?
semasa kami (saya dan rakan sekerja) mahu berpindah ke pejabat baru, sewaktu sedang menunggu barang-barang di bawa turun di lif...
tiba-tiba kami sedar kakak cleaner yang selalu membantu membersihkan bilik dan ruang pejabat kami menunggu kami di tepi pintu.
sayu saja wajahnya
kami tegur, "kenapa kak?"
kakak cleaner "sedih, lepas ni semua udah tak ada di sini.."
sayu rupanya. selama ini kita tak sedar, keceriaan kami di pejabat memberi keceriaan pada orang lain juga =) semoga bertemu lagi di masa yang lain, in shaa Allah.
kakak cleaner, walaupun mungkin kewujudan mereka tidaklah nampak gah segah VIP-VIP lain..
tapi sudah tentu sangat signifikan dalam hidup kita.
terima kasih, kakak.
jagalah silaturrahim
p/s : orang kata..lidah lagi tajam dari pedang, betul kan?hati-hati ya bila bercakap, dan bergurau?
No comments:
Post a Comment