bila kita ziarah orang sakit atau orang yang meninggal dunia, mood kita mesti lain.
sedikit sebanyak, pasti ada rasa insaf, pasti ada rasa tak cukup lagi buat amal kebaikan untuk bekalan di alam kubur nanti, kan?
rasa insaf itu juga, bergantung pada diri sendiri berapa lama
tapi lain pula moodnya bila waktu sihat,
kerja seperti tiada hari esok, lengah-lengahkan waktu solat
sampai kadang-kadang lupa, mati dan sakit itu bila-bila.
sebab itulah, Rasulullah pernah bersabda, "Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia berada di taman syurga sehingga dia kembali".
banyak manfaatnya, supaya kita hamba-hamba Allah ini, tidak lupa daratan.
sentiasa berpijak di bumi nyata yang kita takkan hidup selamanya dan sihat sentiasa.
mati itu tidak kira muda atau tua.
mati juga tidak kira sama ada waktu itu dia sihat atau sebaliknya.
kadang-kadang, terfikir juga, berapa ramai sahabat-sahabat yang akan mendoakan kita selepas kita tiada?
siapakah kalangan sahabat kita yang akan menziarahi kita pada hari terakhir kita di muka bumi?
No comments:
Post a Comment