Wednesday, July 13, 2011

bukanlah seperti disangka

ada orang rasa, jadi kaya tu best.
nak apa, petik jari je dapat.
tapi dia tak tahu, tak tenangnya hidup si kaya raya tak tahu nak letak duit kat mana
tak tenangnya nak tidur malam takut pencuri masuk
sampai kena ambik jaga tolong jagakan rumah. pasang alarm sana, pasang cctv sini.

ada orang rasa, best kerja tempat aku kerja ni
ada yang kata 'bestlah kau.dapat jalan-jalan pergi oversea'
kalau orang yang awalnya niat begitu, akan hampa sekiranya tak pergi.
tapi apelah bezanya kalau bekerja di sini dan di sana?
kalau nak pergi oversea dengan niat untuk berjalan dan makan angin, baiklah kiranya kumpul duit setiap bulan dan pergi makan angin puas-puas.
ada yang kata, bila lagi?sambil-sambillah.sambil menyelam minum air.
siap-siapkan kerja, lepas tu berjalan-jalanlah di tempat orang.

aku pernah sekali selama 3 tahun bekerja di sini.
bukanlah indah seperti di sangka.
ramai tanya, dah berapa kali pergi oversea?
3hari bekerja,siang dan malam. lebih teruk, jauh dari orang kalau kita nak minta bantuan.
seronok ke?

jangan ingat, semua orang sama.
kerana ada yang sanggup menolak pergi oversea dan berada di pejabat untuk bekerja dari meninggalkan keluarga.
itu pun masih ada yang berpendapat, "aku suruh kau pergi sebab kau jarang ke luar negara" ataupun, "bukankah orang yang masuk bahagian ini mempunyai niat yang sama?"

sangat berbeza akal fikiran kita.

No comments: