Wednesday, July 6, 2011

hubungan baik dengan Allah dan manusia

last week was final for Imam Muda season 2.
I might say both finalist Imam Muda Nazrul nor Hassan are deserved to be there.
Dua-dua adalah Imam Muda unggul, walaupun Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul Musim Kedua.
Tahniah kepada kedua-duanya dan kesemua Imam Muda yang lain.

Husband traced Imam Muda Hassan from the early stage.
He is the most humble in our eyes.
He is not that outstanding, just know when is the right time to say the right thing.
Both Nazrul and Hassan has the advantage of experience comparing by their age with others who had been eliminated.

Baiklah.
aku bukan mahu berbicara tentang mereka terutamanya.
Cuma aku teringat salah satu aktiviti pada malam final Imam Muda tempoh hari iaitu perbahasan.
Kedua-duanya menyampaikan bahas berkaitan hubungan baik dengan Allah SWT dan manusia, serta hubungan baik dengan ibu bapa.
Teringat aku sewaktu Imam Muda Hassan menyampaikan bahasnya, bagaimana seseorang boleh mengadakan hubungan baik sesama manusia serta dengan penciptaNya.

perkara asas hubungan baik kita dengan Allah bukan hanya dengan patuh kepada suruhanNya-solat 5 waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpuasa, menunaikan haji, dan sebagainya..tetapi adalah dengan sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk Allah SWT.
Nescaya apa jua perkara yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya,insyaAllah.
Lupa sungguh kita, ya Allah.
Leka sungguh kita, ya Allah.
Jauhkanlah kami dari kedua-duanya sifat itu ya Allah.

Maka apabila aku pulang semula ke gagang, ke pejabat sebelum ini...
Berkecamuk jadinya emosi dan fikiran aku.
Kuat sungguh tenaga-tenaga negatif yang melingkari.
Maka ku panjatkan doa agar aku sentiasa ingat bahawa apa sahaja yang aku lakukan hanya untukNya.
Hanya untukMu Ya Allah.
semoga aku terus cekal dan sabar untukMu ya Allah.
supaya aku lebih tenang, gembira, ikhlas dan lebih diberkati, insyaAllah.
Amin ya Rabbal Al Amin..

No comments: