minggu pertama pulang ke gagang SANGATLAH sibuk.
waktu aku balik adalah di mana semua warga bahagian di pejabat sedang sibuk untuk menguruskan Dialog antara Menteri-menteri Ekonomi ASEAN, Menteri Ekonomi Jepun dan Pertubuhan Perniagaan Jepun.
2 hari, Jumaat dan Sabtu di tengah-tengah kota KL selang beberapa meter dari KLCC di tempat ramai orang dah booking untuk memBERSIHkan jalan Sabtu 9 Julai tempoh hari.
Kelam kelibut jadinya.
Tak kuasa dah nak komen perihal BERSIH ni.
Atas pagar aku ini.
Lebih kepada risau jadi atau tak Dialog besar kami ni.
Mahu menjemput tetamu datang rumah, tapi laki bini tengah bergaduh.
Aduh,cemane tu?
Aku lihat rata-rata orang yang menulis status di Facebook semuanya berkaitan isu BERSIH 2.0 ni.
Be it dari kaca mata seorang rakyat yang menjalankan tanggungjawabnya mengundi setiap 5 tahun,
selaku rakyat dari kaca mata yang suka mengikuti perihal politik negara,
dari kaca mata seorang pelajar mahupun pekerja sektor awam dan swasta,
dari kaca mata seorang tax payer, dari kaca mata seorang peniaga, dari kaca mata manusia yang suka mendengar desas desus dan hanya berkata tanpa fakta
macam-macam.
kalaulah 28 juta rakyat Malaysia menghamburkan apa yang mereka rasa, memang kelam kelibut jadinya.
Ada sesetengahnya berkata, buat apa memenatkan diri berarak? Guna sahaja kuasa sebagai rakyat sewaktu pilihanraya.
Tapi bukankah objektif memBERSIHkan jalan-jalan utama kerana memperjuangkan pilihanraya yang telus?
Tak lupa juga kaum-kaum yang mengambil kesempatan menggunakan alasan tersebut sebagai mencari sokongan untuk agenda mereka yang lebih besar?
Caca merba jadinya.
Boneka semuanya.
Objektif asal tersimpang terus ke laut.
Yang pasti selaku pekerja di sektor awam, yang sedang menghempas pulaskan diri sendiri memastikan Dialog berjalan dengan lancar di kala orang sedang sibuk memBERSIHkan jalan.
Ada rasa sedikit ralat apabila menteri ekonomi Jepun terpaksa duduk di dalam hotel sementara menunggu keadaan di luar selamat sebelum pergi shopping di KLCC.
hanya dari kaca mata pekerja sektor awam pada waktu itu.
menyusahkan kami.
No comments:
Post a Comment