Monday, July 25, 2011

Tympanosclerosis

(ditulis pada Jumaat yang lepas, 22 Julai 2011)


hari ini agak boleh menarik nafas yang sedikit lega walaupun bukan sepenuhnya.
ahh memang tidak pernah mendapat nafas yang lega semenjak hampir 3 minggu pulang ke pejabat asal ni.
dan aku kalau nervous, secara automatik perut memulas-mulas.
perut memulas-mulas minta dikeluarkan isi.
tahulah kenapa berat aku tak pernah naik semenjak sedari lepas tamat belajar 5 tahun lepas.


nervous kerana apa?
kerana banyak kerja, kerana bos boleh panggil bila-bila masa, kerana bos boleh bertanyakan apa sahaja, dan boleh marah sesuka hati dia, dan macam-macam lagi.


ok tiada kaitan. bosan menceritakan hal kerja.
cerita tentang kerja, sampai mati belum tentu habis.


aku mahu bercerita tentang perkara minggu lepas. berkenaan penyakit aku.
kejadian ni bermula sewaktu aku di matrikulasi di Pekan, Pahang pada tahun 2002.
ada beberapa ketika aku rasa dalam telinga aku berdenyut-denyut sakit seperti ada sesuatu yang mencucuk-cucuk.
ngilu kadang kala.
aku tak ingat kekerapan ia berlaku, tetapi sehinggalah kekerapan tersebut mencapai benchmark aku sendiri untuk tidak berkeupayaan untuk terus menanggung rasa sedemikian.
lalu ku khabarkan pada ibu.
siapa lagi.
aku tak ingat, di mana first treatment aku. Di Putrajaya tak silap.
Ibu membuat temujanji bersama pakar ENT.
yang aku kemudiannya masih jelas dalam ingatan, aku seterusnya membuat rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada setiap Jumaat pagi.


Mujur Uncle Min (adik ibu) bekerja di Kuantan waktu tu, datanglah dia menaiki skuter hijaunya menjemputku di Pekan.
greng greng greng naik skuter sampailah kami di HTAA.
Pagi Jumaat adalah satu-satunya kelas English Literature. Aku masih ingat lagi.
Dan kelas itu seminggu sekali. Jumaat pagi itula ia.
Berapa kali aku terpaksa tidak hadir kerana terpaksa menjalani rawatan di sana.
Puan Dahlia tak silap aku nama lecturer tu.


Ok, tentang penyakit aku.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, adalah dimaklumkan barang siapa yang geli tentang 'tahi telinga' sila tamatkan pembacaan anda di sini atau aku tidak bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku selepas ini.


Sewaktu aku mula menjalani rawatan di HTAA, aku menerima layanan yang sangat baik, baik dari doktor, nurse, pekerja am dan sebagainya.
Sangat selesa rasanya.
Seingat aku, doktor memasukkan kamera ke dalam lubang telinga aku, kedua-duanya.
Dan aku dapat melihat penggembaraan sang kamera ke dalam lubang telinga aku sendiri..
Doktor kata, itu wax (tahi telinga) yang sudah mengeras. Tapi paling banyak dan paling kerap aku rasa berdenyut adalah sebelah kiri.
Wax dalam telinga aku sangat keras dan doktor perlu keluarkan.
Kenapa dan bagaimana ianya boleh berlaku, aku akan cerita kan kemudian.


Doktor akan masukkan 1 batang besi halus yang panjang ke telinga aku.
Kemudian dari kamera aku melihat dia menolak2 wax yang melekat-lekat di dinding telinga aku.
Liat nampaknya.
Seperti lapisan yang telah sekian lama bermaharajalela melekat di situ.
Tidak banyak yang dapat dilakukan kerana terlalu keras.
Maka doktor bekalkan aku dengan ear drop dengan harapan di rawatan susulan lebih senang dapat dikeluarkan.
Selain batang besi halus yang digunakan, ada juga digunakan vacuum kecil untuk menyedut wax dari dalam telinga aku.
kadang-kadang geli rasanya.
Ada juga semburan air kuat seperti paip air tapi versi kecil digunakan untuk melemahkan pihak lawan (wax).
Tujuannya untuk melembutkan, tetapi hampa.


Setiap kali rawatan, ada beberapa ketulan kecil yang berjaya dikeluarkan.
Ianya tak ubah seperti batu kerikil yang kecil.
Baik dari segi warna, mahupun tekstur dan kepadatannya.
So dapat dibayangkanlah kan kerasnya macam mana.


Sehingga rawatan terakhir yang aku tak ingat ke berapa, memang betul-betul menguji doktor dan nurse mengerjakan telinga aku untuk mencari emas-emas ini.
Yang aku paling ingat, hasilnya adalah antara yang terbesar berjaya di korek.
Dan doktor tunjukkan pada aku, dengan penuh kepuasan.
Kemudian kami sama-sama membuat penggambaran semula memasuki telinga aku.


Ayat terakhir doktor masih aku ingat,
"Nah, ini telinga awak. Sudah bersih, alhamdulillah"
(bunyi macam aku tak pernah bersihkan telinga pulak)


Untuk perkongsian ilmu, doktor ENT memang ada berkata, yang sebenarnya telinga kita ni mempunyai natural way untuk mengeluarkan wax. Ia akan keluar sendiri tatkala waktu kita tidak sedar, sama ada waktu mandi atau sedang tidur.
Kaedah mengorek telinga dengan cotton buds adalah tidak elok kerana benang-benang halus kapas akan tertinggal dan melekat di dalam telinga.
Dia ada juga suggest menggunakan klip rambut hitam wanita di bahagian yang tumpul untuk menarik keluar wax kalau untuk membersihkan.
Dan bentuk klip itu adalah sama dengan equipment yang digunakan oleh Dr.


ok,cukup sehingga pengalaman aku di HTAA, hampir 9 tahun yang lepas.
Alhamdulillah lepas tu telinga aku ok.
So far alhamdulillah tak melibatkan pendengaran.


Selang lebih kurang tahun 2008 macam tu datang balik.
Lebih kurang 5 tahun kemudian.
Sewaktu aku sudah bekerja dengan kerajaan.
Ibu bawaku jumpa dengan pakar ENT di Putrajaya, Dr Balwinder namanya.
Dia kira head of ENT and pernah rawat Tun Abdullah Badawi dulu.
Alatan ENT pun semua canggih manggih.
Dan seperti biasa aku akan duduk di kerusi yang bersambung dengan segala bentuk benda yang boleh masuk ke lubang telinga yang ada kamera dan kemudian dipaparkan di skrin.


Dan perkara yang sama berlaku pada aku 5 tahun lepas di ulang prosesnya.
Sehingga ada sekali ibu cerita, Dr Balwinder sakit tangan kerana mengerjakan wax dalam telinga aku sehingga kena pergi fisio.
Betapa kebalnya emas itu.haha
Hasil dari beberapa kali rawatan, ada penemuan terbaru apabila kedua-dua telinga aku telah dibersihkan.
Dr kata rupanya dalam telinga aku ada depression.
Macam lekuk dalam saluran telinga yang menyebabkan wax tu tak keluar.
Dr pun agak terkejut, sebab kedua-duanya sekali.
Tapi Dr ada beritahu yang perkara ni bukanlah kritikal atau masalah besar.
Ia mungkin tidak ada pada orang lain, tapi adalah normal untuk seseorang mempunyai sifat-sifat yang orang lain tak ada.
Sebagai contoh Dr kata macam orang yang ada jari 6, orang yang mempunyai banyak tahi lalat, dan sebagainya.


Dan menurut Dr lagi, perkara ni sudah terbentuk sejak lahir lagi.
Apa yang boleh dibuat adalah sentiasa monitor dari masa ke semasa.
Alhamdulillah, lega aku mendengarnya.


Kemudian aku pun menjalankan kehidupan seperti manusia biasa.


Sehingga lebih kurang sebulan yang lepas, denyutan itu datang lagi.
Tapi tidak kerap.
Lalu aku berkata dengan suami, "dia macam nak datang lagi je. Tapi belum cukup 5 tahun.Baru 2 tahun"
Aku tunggu sehingga aku rasa perlu untuk pergi.
Sehinggalah aku beritahu ibu dan ibu membuatkan appointment dengan Dr Balwinder pada Jumaat lepas.


Lalu pengembaraan pun bermula lagi.
Wax masih ada, cuma tak sekeras batu kerikil (ke kelikir?)
Tup tap tup tap. Bersih.
Dan sekali lagi Dr terkejut sebab nampak ada white patch di gegendang telinga aku.
Memang 2 tahun sebelum ni selepas saluran telinga dibersihkan, aku boleh nampak gegendang telinga tu.
Warna putih.
Dr kata nasib baik tak kena gegendang telinga masa nak buang wax tu sebab tak tahu sampai mana kedalaman wax tu.
Mujur alhamdulillah tak ada apa-apa.


Tapi untuk kali ini, memang perlu dipandang sedikit serius.
Sebab aku pun macam pelik kenapa dan macamana benda tu boleh ada disitu.


Dr kata itu dipanggil Tympanosclerosis.
Oh ya, berbeza kali ini, aku datang bersama suami.
Suami memang banyak tanya, boleh google dan study lebih lanjut.
Aku pulak asal tahu dan angguk saja. Takda inisiatif langsung.


Suami berkerut-kerut jugak tengok skrin.
Aku tanya Dr, ada apa-apa kesan jangka panjang tak..and macam mana benda ni boleh jadi?
katanya benda ni selalunya hanya akan terdapat pada orang normal berumur sekitar 50 tahun ke atas
tapi dia pun tak pasti macam mana aku yang kurang separuh dari umur yang disebutkan boleh ada
dan ia terjadi hanya dalam masa 2 tahun!


White patch yang aku kira sebesar sebutir beras tu adalah tulang lembut.

Ku nampak apabila kamera dimasukkan, Dr tunjuk..ada 2 butir disebelah kanan.
Kiri kurang sedikit.
Cuma yang dirisaukan adalah sekiranya ianya semakin banyak/membesar sekaligus menutup keseluruhan gegendang telinga aku.
Kata Dr, gegendang telinga kita nipis.nama pun Ear Drum. so seperti Drum,apabila diketuk ia menghasilkan bunyi yang melantun.
Fungsinya adalah untuk melantunkan frekuensi.
Dan jika ia diselaputi oleh benda alah tu, maka ia akan menjadi lebih tebal dan tidak akan melantun seterusnya memberi kesan kepada pendengaran aku.
uhhhhhhh..........


Cuma untuk masa sekarang, alhamdulillah tiada apa-apa yang kritikal.
Dr nasihat buat lagi appointment di bulan September nanti untuk pemeriksaan pendengaran.
Semoga baik-baik semuanya, insyaAllah




*******************************************************


ok ini adalah simpanan-simpanan dari minggu lepas.
saje dah lame tak update tentang aktiviti diri sendiri
minggu lepas hari Sabtu adalah walimatul urus kakak iparku yang sulung
Kak Wan Fariza Alyati atau kak Ja, dengan suaminya Abg Zul 'Azmi..
gambar ade,tapi dari photographer yang amatur jelah..
tunggu official photographer bagi dulu baru letak.barulah best sikit.


ni semua aktiviti-aktiviti 2 minggu yang lepas
buat solat hajat di rumah mentua di Cyberjaya hari Ahad lepas
sebelum tu kami suami isteri berhajat nak ke Kajang ambil baju suami yang di alter untuk majlis kelmarin, tapi tak ada rezeki kedai tak bukak..
maka kami singgah makan di Bangi dulu sebelum ke Cyberjaya.




dadaa!!!The Little White Cafe,dah lama nak pergi tapi tak berkesempatan. Kafe kecil yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Melayu yang dahulunya menetap di luar negara.
Hasilnya lepas pulang,mereka buka kafe ni yang lebih kepada Interior Cafe.



belum masuk dah rasa cantik.




kecik je sebenarnya


ni menghala ke dapur


kaunter

muka gembiraaaa sketttt!!


amboih gembira sungguh..ok kita tengok muka cool plak


alahai jadi sweetla pulakkk ***perasan*


mine, hot chocolate and marshmallow. Im not a fan of marshmallow,tapi ni memang sedap.
And spaghetti carbonara. Sedap jugak.
But here memang aku pernah baca review, a little bit expensive (tiba-tiba cakap english bila makan western)
and memang pun.


and aku spot this!

 Sherlock Holmes!

husband's. tak ingat nama dia. tapi air sedap..peach tea (diorang blend buah pic and campur with tea)



pose majalah Anjung Seri.

selesai solat hajat dan nak menunggu maghrib sebab nak jumpa anak buah..kitorg bergegas ke Floria 5 minit kononnya..
asalnya tak nak turun dari kereta,tapi sebab tak nampak sebab banyak sangat kereta..turun lah jugak
dengan keadaan yang tergesa-gesa dan aku tak ada mood sangat sebab serabut...
jom lah tengok gambar aje.


macam-macam colour!









ni tak tahu dari negara mana.haha



2 comments:

Sarah said...

Beb, aku doakan kesihatan ko semakin pulih..

FRSR said...

amin..thanks mai