maaflah.
sangat sibuk 3,4 kebelakangan ni.
banyak perkara nak update dalam blog ni..tapi bila nak mula mengarang je,ada hal lain yang lebih penting perlu diselesaikan.
ini pun tiba-tiba datang idea.
tadi makan tengahari seorang diri di kafe pejabat berdekatan.
harus makan cepat-cepat.
kerana lagi setengah jam akan ada perbincangan dengan agensi sebelum ada mesyuarat di Jakarta minggu hadapan.
aku hanya membantu menyediakan bahan bacaan dan maklumat-maklumat untuk presentation mereka di sana.
maka dalam hampir selesai makan tengahari tadi, nampak segerombolan..ehem.macam kambing pulak,sekumpulan mat saleh-mat saleh yang masuk ke kafe untuk makan tengahari.
sedari minggu lepas memang ada sesi perbincangan Malaysia-EU di sini.
lama sungguh rasanya.
selalunya kalau rundingan maksimum pun 5 hari dan akan diadakan di hotel-hotel terkemuka di ibu negara.
kadang kala sahaja di pejabat.
tetapi,yang menjadi tanda tanya, dah berapa hari aku nampak mereka makan tengahari di sini.
lalu waktu solat zohor tadi kutanyakan pada seorang staf,
"kenapa mat saleh-mat saleh tu makan kat kafe?"
"sebab kita tak sediakan makan tengahari. Cik *** kata kita tak payah sediakan,sebab bila kita berunding di sana mereka tak sediakan pun".
Dalam hati aku, memang bagus pun.
dan memang itu pun yang patut dilaksanakan.
sedikit berbangga dengan mantan boss aku tu atas tindakan bijaknya.
ya, negara Malaysia ini memang pemurah.
tidak keterlaluan aku katakan kadang kala dilebihkan orang luar dari pekerja sendiri.
Diberinya tempat rundingan bertaraf 5 bintang, makannya sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
mewah.
mereka gembira sekiranya bermesyuarat di Malaysia.
baik negara maju mahupun negara dunia ketiga.
Teringat sewaktu aku di MIDA, pernah mengikuti rundingan Malaysia-Turkey FTA.
Aku hanya mengikuti rundingan yang diadakan di sini.
Sahabat aku yang ke Turki pada rundingan seterusnya bercerita, katanya rundingan hanya di pejabat mereka.
Cukup.
Minuman panas yang disediakan hanya cukup-cukup.
Cukup-cukup dalam erti kata ada yang tak dapat minum.
Makan tengahari dan yang lainnya sila cari sendiri.
Bila dikaitkan dengan mesyuarat 2 minggu lepas, teringat diherdik oleh PDRM di bilik sekretariat bila mereka tidak dibenarkan masuk ke restoran untuk makan tengahari.
Semuanya gara-gara belanja yang dipotong.
Kami yang sekretariat makan McD di luar takut makanan tak cukup.
Kasihan semua sekretariat yang menjayakan.
Kadang-kadang nak pemurah, biarlah susukan anak sendiri dahulu sebelum disusukan kera di negara sebelah.
2 comments:
Kadang-kadang bila kita jadi pemurah pun susah. Bila kedekut pun susah.
pada aku utk kes ni jadi kedekut lebih baik.ramai lagi memerlukan duit tu
Post a Comment