Wednesday, September 30, 2015

Gumpalan awan besar.

Setiap kali berpeluang menaiki kapal terbang terutamanya apabila outstation..saya suka memilih untuk duduk di tepi tingkap.

Sambil mengamati kuasa Allah swt dari pandangan yang lain dari hari-hari biasa...

Hari ini,29 Sept 2015 saya ke Singapura atas urusan kerja.
Teringat apabila tahun lepas perjalanan pulang saya juga atas urusan kerja dari Kuala Lumpur ke Bangkok pada petang hari, Februari 2014.
Penerbangan pulang ketika itu hujan lebat selebat-lebatnya.Gelap malam dan petir sambar menyambar.
Ketika dalam penerbangan itu,saya duduk di tepi tingkap.

Di tepi kira-kira beberapa meter dari badan kapal terbang,ada segumpal besar awan yang sangat besar,hitam pekat dan di dalamnya saya nampak ada kilat sabung menyabung ibarat renjatan elektrik.. subhanallah.kadangkala renjatan kilat itu tersasar keluar dari gumpalan awan gelap itu dan nyaris sipi sahaja percikan api kilat itu mengenai badan kapal terbang.

Subhanallah.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu.
Walaupun jarak perjalanan Kuala Lumpur - Bangkok tidaklah lama,tetapi cukup untuk menggerunkan hati saya.

Bagaimana ya agaknya keadaan di alam sana nanti?

29 September 2015
12.25 petang
Di dalam pesawat,MH 0603
7F








No comments: