pernah sekali, 2 atau 3 tahun lepas saya tak ingat..saya solat tarawikh di Masjid.
di Masjid Sultan Mizan, atau dikenali sebagai Masjid besi di Putrajaya.
Waktu itu selesai solat tarawikh 8 rakaat, saya pun pergi ke saf belakang untuk menunaikan solat Witir.
pada waktu itu, ramai kanak-kanak kecil berlari-lari di ruang solat. Walaupun ada pegawai masjid yang bertugas memastikan anak-anak kecil ini tidak mengganggu orang-orang yang sedang solat.
Mungkin kerana pada waktu itu banyak pergerakan..ramai jemaah pergi ke saf belakang untuk solat witir, ada yang terus pulang dan sebagainya.
Jadi saya pun solat sunat Witir di belakang. Dalam waktu rakaat pertama sedang waktu saya rukuk, entah dari mana datang seorang budak lelaki usia sekitar 3-4 tahun berlari selaju-lajunya dan tak nampak saya sedang rukuk terus terlanggar kepala dan badan saya.
Budak lelaki tu jatuh ke belakang mungkin kerana hentakan yang teramat kuat.
Saya? Macam masih tak percaya masih teguh rukuk tapi Allah saja yang tahu betapa peningnya kepala dan sakitnya badan saya.
Phuh.
Sedari situ, makin keras hati saya bila orang-orang membincangkan perihal membawa anak kecil ke masjid. Keras hati lebih kepada tidak setuju kerana pada saya ianya mengganggu jemaah lain yang mahu solat (hasil dari pengalaman sendiri).
Perkara ini saya sempat bertanya pada Ustaz Hariyanto pada waktu tazkirah tersebut.
Tapi pendapat ini juga saya pernah dengar sebelum ini, cuma mungkin pada waktu tersebut saya tak ambil pusing dan tak register dalam kepala saya.
Soalan saya, yang mana lebih afdhal, membawa anak kecil ke masjid, atau solat tarawikh sahaja di rumah?
Jawapan Ustaz, ada banyak pandangan tentang hal ini. Pandangan para ulama, juga disesuaikan dengan keadaan pada zaman sekarang.
Ustaz ada tanya, di masjid mana yang saya pergi? Mungkin di tempat tersebut (berdekatan masjid) komunitinya adalah golongan bekerja, masih muda. kerana itu ramai yang membawa anak-anak kecil ke masjid.
Walau bagaimanapun solat adalah suatu didikan untuk anak-anak. Mengambil kira dengan banyak pengaruh-pengaruh negatif di sekeliling dan kurangnya kesedaran dan galakan untuk ke masjid, ia adalah perkara yang baik untuk mendidik anak-anak kecil ini. Sehubungan itu, ia adalah lebih cenderung untuk membawa anak kecil ke masjid.
Jika difikirkan tentang fokus jemaah lain yang sedang solat, apa bezanya dengan fokus sewaktu solat di rumah, benar?
Terdiam sekejap saya, kerana sewaktu saya bertanya, saya juga ada selitkan bahawa kegiatan ini akan mengganggu konsentrasi dan fokus jemaah yang lain.
Ustaz ada juga menerangkan bahawa, tidak putus sesuatu saf solat itu untuk anak lelaki kecil yang belum baligh.
Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment