Sunday, September 27, 2015

Pengorbanan

Minggu lepas sebelum cuti Aidul adha, saya sempat membeli buku secara online.
Salah satu tempat saya suka online shopping ialah PTS Publications.
Sedikit sebanyak dapat 'distract' saya dari membeli benda-benda lain yang tak perlu.

Saya tertarik dengan satu buku ini, hasil perkongsian adik Ruqayyah Farhani, tentang pengalamannya sendiri.
Cerita tentang adik ini pernah menjadi viral si facebook beberapa bulan yang lepas..saya cam dari gambar kulit bukunya.
Tetapi masa cerita ini viral, saya tak baca.
Mungkin kerana saya rasa belum ada kekuatan untuk baca.

Since adik Qayyah berkongsi sendiri dengan menerbitkan buku menceritakan pengalamannya, jadi saya pun beli.
Pasti ada perkara baik yang dia dapat kongsikan.
Lagipun satu perkara saya suka membeli dengan PTS ini adalah kebanyakannya buku-bukunya berunsur ilmiah dan harga yang murah. Servis pun bagus. Sebelum ini saya pernah juga membeli dari sini.

Jadi, inilah dia.



Dikongsikan pengalaman bagaimana dia menghadapi hari-hari sewaktu mengandung, kebanyakan waktu tanpa suami disisi, mendapat berita pula anak yang dikandung adalah kembar, bersalin awal (pramatang) tatkala suami sedang di dalam minggu peperiksaan di Mesir dan menghadapi kematian salah seorang anaknya juga tanpa suami di sisi.

Masya Allah, kuat dan tabah sungguh suami dan isteri ini. Seiring dengan waktu saya menghabiskan buku ini (hanya lebih kurang 100 muka surat), adalah waktu Hari Raya Aidil adha, menceritakan pengorbanan suami isteri ini. 
Banyak manfaatnya, membuatkan kita berfikir, betapa Allah itu Maha Pemurah, Maha Adil dan sebaik-baik perancang.

Meskipun kedua-duanya masih lagi muda dari segi umur, pemikiran mereka tidak langsung menunjukkan mudanya usia mereka.

"Ada manusia, dipanggil dengan rezeki, langsung tidak menoleh. Lupa, tidak sedar, dan syok sendiri. Lalu, kerana rindu Pencipta kepada hamba-Nya, Allah memanggilnya dengan ujian. Dan manusia terus menoleh bersujud dan tunduk kepada Tuhan".

Kita masing-masing punya cerita sendiri. Punya pengorbanan sendiri. Secara positifnya, janganlah kita lalai dan berkira tentang segala pengorbanan yang kita lakukan. Niat semuanya kerana Allah, nescaya kita tidak akan menyesal. Memberilah sesungguhnya memberi itu lebih baik dari menerima.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.




No comments: