Thursday, September 17, 2015

Pelbagai - Momentum dan Hari Lahir Fawwaz

sebenarnya banyak perkara saya nak share di blog ni.
tentang anak, tentang perihal kerja, macam-macam.

sebabnya blog ini juga yang akan saya baca semula sekiranya ada masa terluang.
saya admit, saya ni memang pelupa orangnya.
jadi dengan menulis di blog, akan mengingatkan/refresh saya semula tentang apa yang pernah berlaku sebelum-sebelum ni, pahit manis.
supaya saya dapat jadikan iktibar, atau panduan pada masa akan datang.

dengan membaca semula apa yang saya pernah tulis, saya juga dapat tahu bagaimana saya berfikir (pada waktu dan ketika itu), melalui pandangan dan pendapat saya.
mungkin di kemudian hari pendapat saya berubah, hasil dari ilmu yang saya dapat, wallahualam.

saya juga suka share di sini sebabnya ada sesetengahnya saya rasa kurang sesuai untuk diletakkan di facebook.
oh ya, bukan bermaksud saya tidak suka share, tapi kadangkala facebook juga ada limitnya, tapi boleh juga jadi tempat saya menyimpan rekod-rekod gambar.
ada sekali, gambar-gambar saya dan suami sewaktu kami ke London 4 tahun yang lepas habis hilang kesemuanya setelah laptop lama rosak dan diformat semula.
Apa yang tinggal cuma mana yang saya share di facebook.
tapi bukan semuanya, kerana ada juga yang saya tidak sharekan di facebook.
Ada juga yang saya share, tetapi saya privatekan.

Tapi di blog, saya rasa lebih privacy, lebih dekat di hati.
Boleh tulis sebanyak mana saya mahu.
Ada beberapa perkara saya ingin catat di sini, sebagai rujukan saya di kemudian hari.

Ingat post ini? Bila kali terakhir khatam al-Quran?
Pada bulan Ramadhan yang lepas dan bulan-bulan selepasnya, lambakan kerja agak banyak.
Walaupun tidak berada di rumah atas urusan kerja (beberapa hari sebelum Raya)..alhamdulillah, saya akhirnya setelah 6 tahun berjaya mengkhatam al-Quran.
Pada hari ke-24 Ramadhan.
Subhanallah Alhamdulillah.

Momentum selepas itu agak kuat, mahu terus membaca.
Tidak mahulah diulang lagi 6 tahun, kalau boleh kurang dari itu.
Doakan saya ya.

Satu lagi adalah berkenaan dengan sambutan Hari Lahir anak soleh, Wan Ahmad Fawwaz yang Ke-2.
tahun lepas, kebetulan masa tu Ibu tengah busy dengan persiapan exam Master Degree.
Alhamdulillah, ada rezeki dan kelapangan tahun ini, ibu ayah buat sambutan hari lahir Fawwaz dengan keluarga dan rakan-rakan yang rapat.

First time buat sambutan macam ni, buat di JKids Publika. Dekat, kemudahan pun bagus, surau dekat, parking, JKids sendiri pun dari segi harga reasonable. Makanan saya tempah dari kawan sekolah Convent, Fatma Farhana. Alhamdulillah, sedap semuanya.

Ibu dan ayah doakan Fawwaz sentiasa sihat walafiat, taat perintah Allah, menjadi anak yang soleh dan mendengar kata, dan sentiasa di bawah lindungan Allah..Amin

































No comments: