Salam Aidil adha Maaf Zahir dan Batin semua...
Kami tahun ni first time selepas kahwin beraya di Kluang, Johor.
Sebelum ini sama ada di rumah ibu bapa saya atau di rumah mertua..
Alhamdulillah, tahun ini kami anak beranak melaksanakan ibadah korban.
Tempatnya di Kahang, Johor.
Ada sedikit ralat sebenarnya walaupun perkara ini sudah berlaku.
Kami menyerahkan urusan penyembelihan kepada syarikat yang membela lembu..kami terus beli dan syarikat tersebut uruskan semuanya.
Kami hanya datang, dan bawa pulang qurban setelah mereka lapah lembu tersebut..
Apa yang agak terkesan di hati saya...
Sebelum-sebelum ini urusan penyembelihan yang pernah saya lihat diadakan secara bergotong-royong di tempat-tempat terbuka seperti di padang, atau di perkarangan masjid/surau..
Tempat kami mengadakan penyembelihan ini diadakan di kawasan yang luas, tetapi agak tertutup (seperti kawasan kilang yang dijadikan tempat bermain futsal) bentuknya..
Memang banyak lembu-lembu yang dikorbankan,,beratur lembu-lembu hingga ke luar..
Yang menjadi ralatnya adalah apabila lembu-lembu tersebut berjalan (beratur) hingga ke giliran mereka, ada yang cuba lari (biasalah, lembu, beza binatang dan manusia kan pada akalnya).
Apa yang dilakukan oleh pekerja-pekerja disitu adalah memukul lembu-lembu itu dengan getah paip..subhanallah, luluh hati saya melihatnya.
Asalnya mereka hanya pukul zink-zink yang menutupi laluan-laluan lembu itu untuk menakut-nakutkan mereka, tetapi ada kalanya mereka memukul lembu-lembu tersebut sekuat hati dan naik serta memijak-mijak lembu tersebut.
Astaghfirullah al azim...sedih saya.
Ada beberapa customer lain juga menjerit kata "jangan pukul, jangan pijak" tapi tidak diendahkan.
Begitu ke caranya seorang manusia melayan binatang apatah lagi binatang tersebut untuk dijadikan korban?
Tak sanggup untuk melihat situasi tersebut, saya terus keluar.
Saya berpesan kepada ibu, adik-adik dan makcik saya sehingga tiba giliran kami, call saya. Saya berada di luar.
='(
Lihat video di bawah, semoga bermanfaat
Mercy Halal Islamic Slaughter
Mercy Halal Islamic Slaughter 2
No comments:
Post a Comment