dilema ni adalah satu perkara atau perasaan yang tak pernah lekang dari diri kita.
ingatkan sebelum kahwin je dilema,lepas kahwin pun dilema jugak.
mase zaman sekolah,lepas form 3, dalam dilema, nak masuk aliran sains ke aliran akaun.
lepas habis spm dalam dilema jugak,nak sambung matrik ke mintak diploma ke stpm?
habis matrik dalam dilema jugak nak mintak universiti mane course ape pulak?
dilema lagi.
lepas habis belajar dalam dilema jugak nak mintak kerja ape,di mana?yang macam mane?
dilema lagi.
lepas kahwin dilema jugak "nak kerja macam ni ke lepas kahwin?"
nak jadi isteri yang sentiasa ada di rumah fokus pada rumah tangga ke atau memilih kerjaya?
balance kedua-duanya?boleh ke?mampu ke?
baca suratkhabar,rempit sana,rempit sini,anak lari dari rumah,bapak rogol anak,atuk rogol cucu,budak sekolah bunuh diri,bawah umur merompak,membunuh bila ada kawan dapat tahu curi motosikal,tanam dia dalam longkang,budak sekolah umur waktu aku belum baligh pun dah hamil luar nikah,haihhhhhhhhhhhhhhh
kajian sana,kajian sini
rupa-rupanya alasan semua ni bila rumahtangga kurang pemerhatian
institusi rumahtangga tak kuat sebab mak ayah sibuk cari wang
kerana semua di atas dunia sekarang memerlukan wang
berak kat tandas awam wang,tumpang letak kereta kejap 10minit wang,makan wang,pakai wang,orang tolong jaga rumah kita wang,maintenance wang,cuma belum sampai tarik nafas sikit wang je.
tak takut ke?
aku memang penakut orangnya.
cakaplah ape saje pun
hantu pun takut.
mati pun takut.
kena marah pun takut.
menjahit pun takut. (ape kena mengena?)
tengok tv pun takut.
takut sebab nanti aku terfikir-fikir.
"janganlah jadi macam dalam cerita tu..."
anak-anak dia salahkan mak bapak sebab tak cukup kasih sayang
tu lah,sape suruh mak bapak die sibuk benar sampai tak sempat nak tengok anak?
tapi..mak bapak dia kena pegi outstation,meeting,jaga negara supaya tak jatuh ke tangan orang lain,lagipun kalau tak buat semua tu sape nak bagi gaji tiap-tiap bulan?
sebab tu ade orang gaji untuk jaga makan pakai anak-anak,hantar anak pegi tuisyen supaya anak dapat belajar lebih dari kat sekolah..biar lebih pandai dari biasa.
tapi ...
cukup ke semua tu?
selesai ke masalah tu?
gali lubang,timbus lubang.
kalau tak kerja,tak cukup nak bayar rumah,bayar kereta,maintenance rumah,bil telefon,makan pakai, duit belanja sekolah anak-anak...
bila anak-anak mintak macam-macam,tak boleh nak penuhi sebab duit cukup untuk keperluan je.
macamane?
teringat 1 peristiwa di KLIA minggu lepas,mase tunggu flight nak balik kampung.
ada 2 orang kanak-kanak lelaki dari 1 keluarga ni lebih kurang umur 15 dan 7 tahun sibuk main game kat iPad dia.
duduk depan aku.
ada 2 orang kanak-kanak seorang lelaki dlm lingkungan 9 tahun dan seorang perempuan 4 tahun keluarga kedua ni pulak duduk sebelah kanan aku.
sambil-sambil tunggu flight,aku dengar budak lelaki dari keluarga kedua ni bgtau mak dia.
"ibu,abang dah tau.kalau abang dapat no 3 dalam periksa,abang dah tau.abang nak iPad"
huh!
pahit air liur aku sekejap.
walaupun waktu tu aku tengah makan choc chip oat cadbury yang manis dan sedap.
dasyat.
macamane kalau anak korang mintak macam tu?
kalau betullah dia dapat no.1 dari darjah 1 sampai darjah 6?
itulah benda yang aku risau
i mean salah satu benda dari banyak-banyak benda.
selaku hamba Allah,bagaimana cara terbaik untuk menjadi hamba yang baik,anak,isteri,dan ibu yang baik?
Dilema.
p/s : eh,entry ini bukan tanda apa2 ya.jangan salah faham,hanya sekadar entry yang bermain di kepala selaku wanita normal.
No comments:
Post a Comment