sedang pagi tadi menikmati sarapan pagi dengan en.s,sambil2 en.s membelek-belek makanan 'instant' pemberian orang...
tertera logo halal JAKIM,logo barangan buatan malaysia,hologram KKM...
pastu bermulalah perbualan ilmiah kami di pagi hari.
bila en.s kata dia doubt that syarikat pengeluar makanan tu ada semua logo-logo untuk convincedkan pelanggan,well yes.it is not easy utk dapatkan semua tu.
bukanlah kitorang agree to which local company tak boleh nak comply dengan standard yang dah ditetapkan,tapi sebab haritu dalam tv ada talk show yang diorang panggil pihak berkaitan untuk membincangkan isu minuman-minuman kesihatan yang kemainlah banyaknya di pasaran sekarang.
menurut pihak tu,dia kata untuk mendapat pengesahan dan hologram menandakan produk minuman kesihatan diorang tu bebas dari ingredients yang tidak menyihatkan,memang diorang strict (dah tiba-tiba aku rasa bahasa melayu aku tunggang langgang). even bila dah dipasarkan pun,still ada yang terlepas.even bila KPDN buat rush pun diorang still dapat tangkap yang menipu hologram kata dah dapat pelepasan dari KKM. i give 2 thumbs up for their effort.
but pada aku,how long will this last?takkanlah selama-lamanya diorang nak buat rush?
sebagai pengguna bijak,mcmana aku nak tahu yang logo tu betul-betul real?
oklah,let us pick logo Halal.effort kerajaan buat nombor kod di produk yang ada tanda halal adalah bagus.ambik nombor kod,dan check di website JAKIM untuk pengesahan.
tapi kalaulah korang dah tengah sibuk-sibuk membeli belah kat pasaraya,sempat ke nak check segala barang yg kita nak beli sama ada Halal ke tak,kan?logiknyalah.
bukanlah menidakkan kredibiliti dan usaha kerajaan,tapi kebetulan aku bermeeting dengan industri2 minggu ni,diorang sendiri kata diorang ada masalah bila syarikat-syarikat dari luar negara spt China dengan sesuka hati pun boleh ada logo Buatan Malaysia tanpa melalui prosedur yang betul.
toksah katalah barangan China yg melambak-lambak kat pasaran kita,warga China jadi pelacur apetah lagi.
ape barangan China yg tak ada kat Malaysia?so apelah sangat nak dibandingkan dengan logo buatan Malaysia,dan Halal kan?
kemain ilmiah lagi kitorang berbahas depan sarapan pagi.
tiba-tiba aku terfikir,ting!
usaha nombor kod bagi tanda Halal di produk-produk tu,kenapa kita tak ada 'tool' macam kat Carrefour untuk check harga dari bar code tu untuk check keHalalan produk?
kan JAKIM dah ada senarai barangan yang ada tanda Halal,so why not adakan tool untuk check on the spot?
letaklah kat Carrefour ke Giant ke Tesco ke memana pasaraya besarlah.
senang untuk pengguna bijak dan cuba menjadi bijak nak check.kan?
of courselah,idea mana yang tak perlukan belanja untuk direalisasikan,kan?hehe.
nama pun leader negara OIC nak memasarkan hub-Halal sebagai satu market negara,so why not?
aku rasa lebih praktikal mcm tu.pengguna pun senang,kerajaan pun senang.
tak tahulah kalau ada industri yang tak senang,ehem.
selepas aku memberikan mimik sedikit bangga kerana tiba-tiba mendapat idea bagus di pagi hari,ditambah pula pujian dari en.s "hmm...good idea,good idea",maka en.s tanya...
"nak bagitau sape eh hal ni?"
aku cuba menjadi lebih ilmiah,
"KPDN..eh JAKIMlah!"
en.s jawap, "haa..nnt i bgtau kawan i yang kerja kt KPDN"
bagus,kan?
hhahaha.puji diri sendiri.
tapi aku rasa boleh extend this idea to JAKIM straight away jugak.
let see how far is the effort =)
---------------------------------------------------------------------------
seperti biasa,iklan.
ni blog dari antara lecturer aku yang paling aku rapat masa di KUiTTHO.
dia ada hadir masa kenduri aku and yes,he is very intellectual (mcm anak murid dia jugak,tp terbalikla),love to talk on things that i need to cracked my brain before he shoot me with provocational questions,and yes..a little bit (lebih sket) LOUD and kelakar.
a very time-particular person and love books and shares knowledge.
kenape aku kata dia time-particular is because dia pernah tunggu aku kat parit raja while aku driving from jb with a friend.and aku sms dia kata im half an hour late dan sementara dia tunggu dia sempat buat bancian kereta selain dari kira berapa km sejam aku drive lepas dari aku hantar sms kata baru bertolak.huh!
and he is a mathematical statistician too!
aku penah kena marah dengan dia bila masuk kelas lambat,dia ajar C++ Programming.
aku memang student yang duduk paling depan dalam kelas,tapi that day aku dan roomate terbangun lambat.
nak pulak kelas tu ada 1 pintu je and yes,kitorang masuk ikut pintu depan tulah.
knowing him,Dr.Tn Hj Sazali,kepantangan dia adalah student lambat.
you can find his complaint about this in his blog.
dah name terbangun lambat,of coursela aku bukan purposely masuk lambat kan?
lepas masuk,duduk kt seat paling depan yang memang sedia kosong..aku dengar dia jerit
"Hoi korang ingat glamour sangat ke masuk kelas lambat?!!"
hahahahahh!!!sampai bila-bila aku tak lupa.sorila Dr.
kalau aku nak glamour takdelah dengan cara masuk lambat,kan Dr?
idea yang tak bagus.hahahah.
ada baanyak lagi cerita tentang dia.but after all,he is among the best lecturer i ever had.
he can be your lecturer,advisor,supporter dan ehmm ape ayat tu..criticor (is there any such word,haha?)
dan aku sangat berbangga bila dia kata,akulah antara best student dia sebab aku rajin dan bersemangat walaupun asyik kena marah je(wahhhhhh!!!)(tu tak masuk part dia kutuk kasut akulah,flow chart aku lukis mcm cekodoklah,sukahati dia je)
hahaha.kelakar betul dia ni.
one of the reason i like to read his blog is he always relate his life and job with maths.
so there you go, blog Dr.Hj Sazali. jangan terkejut tengok muka dia sikit punya besar kat blog tu.heheh
semoga Allah memberkati usahamu,Dr!
No comments:
Post a Comment