maafkan aku di atas kekurangan mengupdate blog sepanjang cuti yang panjang.
salahkan wifi di rumah yang asik tenggelam timbul tu.
seronok cuti kawan2?
cuti,siapa yang tak seronok,kalau tidak..mana mungkin exit tol Kajang sesak dari pagi sampai petang hari Khamis yang lepas.
mujur tak lalu situ.
aku sebenarnya tidak punya cerita yang menarik untuk dituliskan.
dan aku tidak suka perasaan hanya sekadar untuk update semata-mata kerana rasa kosong dan tidak berkongsi apa-apa di sini.
maka aku hanya ingin berkongsi tentang apa yang aku lakukan sedari minggu lepas.
hari Selasa 1hb adalah cuti Hari Wilayah.
hari Khamis dan Jumaat 3 dan 4hb pula cuti Tahun Baru Cina.
ramai yang mengambil cuti hari Rabu,dapatlah cuti 6 hari.
tapi aku kerja.sebab nak save cuti untuk bulan depan.
alkisahnya,sepatutnya Sabtu dan Ahad lepas aku ke kelas jahitan sesi ke dua
ingat entry INI?
tapi beberapa minit sebelum aku gerak ke kelas,Kak Ida tu call kata cancel sebab pusat Giatmara sedang digunakan oleh pelajar2 untuk kelas ganti.
agak keciwa di situ,tapi ok je bila Kak Ida kata boleh ganti anytime aku free.
so aku terfikir,why not buat waktu cuti 1hb sebab cuti hari wilayah?
maka 1hb tu aku pegi ke kelas,cuma kali ni tuah menyebelahi aku sebab aku dapat one-to-one session belajar menjahit.
jangan jeles.
dari jam 11 pagi sampai 4 petang!
disebabkan aku yang agak lembss dan takut2 pegang mesin macamlah mesin jahit tu nak makan aku,tu yang lambat tu.
nak tengok apa hasilnya?
Nah!!
baju yang senget sebelah.
terer bukan?
hahahahahaha!!
mula2 semangat.pastu mulalah pening2 ayam.pastu rasa susah.pastu terus sakit kepala!
cabaran betol.
tapi dalam sakit2 kepala tu siaplah jugak,Alhamdulillah.
cantik tak cantik?
hasilnya baju kena potong jadi senteng sikit sebab mase potong kain tu agaknye senget sikit.
tapi bolehlah pakai,adalah jugak rupa baju dari takde langsung.
hehehe
aku bertuah sebab kak ida bukan setakat pandai menjahit,juga pandai mengajar.
bersabar berhadapan dengan pelajar yang nak lambat sket nih.
hehehe
nak pulak bila kak ida kata "semalam ada student Giatmara jari dia tertusuk dengan jarum mesin sampai tembus" (sila bayangkan jarum mesin jahit ya,bukan jarum yang jahit tangan halus tu..)
kecut perut aku.punyelah jauh aku pegang kain tu dekat dengan jarum.
haha
dalam hati aku
"ingatkan keje kontraktor panjat bangunan je ade risiko,menjahit pun ada ok."
beberapa prinsip yang aku belajar dari menjahit ni :
1.Perlu mempunyai daya imaginasi untuk menjahit - jangan bayangkan baju yang akan dijahit seperti baju yang kita pakai. Baju yang nak dijahit perlu dibayangkan dari rupa baju yang diterbalikkan kerana baju dijahit dari dalam. (err,faham ke?)
2.Koordinasi badan saaaaaaangat penting.Macam nak pandu kereta juga.bukan hanya mata,tangan dan jari...malah mata,tangan,jari,kaki,dan Lutut bergerak dalam masa yang sama ok!!tak masuk siku lagi tuh.er..satu lagi,Otak!
3.Perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi ya Farha...
4.Tekun dan teliti.
so,whats next?kita tungguuuuuuuuu!!!!!!!!
update seterusnya...
korang ingat korang je boleh jalan-jalan cuti panjang?
aku balik kampung mentua di Besut.
kalini best sebab ramai, menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami.
meriah bila dapat kumpul ramai2.
tapi kita tunggu bulan 3 nanti.
laaaagi meriah,insyaAllah.hehe
balik kampung mestila wajib singgah pantai walaupun sekejap.





3 comments:
Haa..
ko dah chubby laa! siyes! ade isi ke? :P
Haa..
ko dah chubby la! siyes! dah ade isi ke? :P
ehem ehem
hahahahahah
yeke?terima kasih
tapi chubby muke jelah kan?
aku masih berusaha naikkan berat badan sikit..
isi?adaaa..isi tapi hari2 buang.haha
Post a Comment