apa yang dulu dan sekarang?
waktu dulu,belum berkahwin.
sekarang?dah kahwin,lah!
apekah perbezaan aktiviti dulu dan sekarang?
dulu,mase bujang,antara yang aku tak boleh resist,
1. Karaoke.nak kate gila karaoke tu taklah 'gila sangat'.tapi kadang2 bila datang 'gila sikit2' tu- ada 1 masa tu aku rase mcm sebulan tak karaoke tu memang gian tahap gigil lah. (CJ,aku ada senarai lagu utk nyanyi dah siap2 dlm hp.hehe!)
sekarang?tak pernah dah gi karok sejak kahwin.mungkin sebab mr.s bukan kaki karaoke kot.tapi aku tak kisah.
2.Kadang-kadang masak (waktu dah kerja lah). Makin jadi jarang-jarang bila dah start pergi DPA. pastu sibuk lagilah tak masak.sampailah kahwin.
sekarang?hampir hari-hari masak.seminggu adelah dlm sekali makan luar.kerap lagilah tu,tapi mungkin sebab aku sendiri yg bosan aku masak.taklah pandai masak yang sedap2,tapi lebih kepada health concious kot? harap2lah berkekalan.Rekod setakat ini?sanggup balik rumah hari jumaat waktu lunch hour semata-mata nak masak.wah!!! (ada yang cuba menjatuhkan semangat dengan kata "alah..awal2 memanglah mcm tu.lama2 nnt makan luar je banyak?". Marilah kita berdoa agar ianya bukan doa)
3. makan kat mamak. dulu boleh kate kerap,sekarang? jarang-jarang.
4. tengok tv.aku pernah buat entri kata yang aku ni adalah insan yang boleh dikategorikan jarang tengok tv.sekarang?akulah yang paling kuat gelak tengok American Idol (walaupun aku dulu tak paham apesalla orang suke sangat),lepas makan tengok tv,sebelum makan tengok tv,weekend tengok tv.kira ada peningkatanlah.
5. beli barang.dulu kalau pergi supermarket beli barang lepas buat list.nampak,ambik,letak dalam bakul,bayar.sekarang?lepas ambik letak dalam bakul,sure ada orang ingatkan, "dah tengok date of expiry?"
6.internet.aku tak boleh nafikan,aku memang kaki internet.boleh mengadap pc (dgn internetlah) berjam-jam.sekarang kurang sikit,sebab banyak benda nak buat,masak kemas rumah cuci baju tengok tv buat donat buat air makan dan makan lagi belajar menjahit tengok rumah baru kemas rumah beli bunga masak air goreng keropok lekor.ha..kan banyak?
7.tidur dan makan sesuka hati.masa bujang,aku memang agak sukahati.eh sekarang pun sukahati jugak.maksudnya,dulu lepas balik kerja nak terus tidur tak makan pun takpe.esok baru bangun. (nasib baiklah bukan dari makeup yg belum tanggal harini terus pakai untuk pegi kerja esok).agak-agak tak lapar sangat,takyah makan.bukan jaga badan,tapi lebih kepada sifat M iaitu Malu.hahahahaha!
sekarang?lebih teratur.waktu makan kena makan,waktu tidur pun dah tetap.alhamdulillah,lebih teratur hidup.
8.masa bersama kawan-kawan.haaa,yang ni penting.ramai pernah cakap,lepas kahwin lain.masa untuk kawan-kawan dan berhuha-huha dah kurang.aku ingat lagi,masa antara kawan rapat yg dah nak start kahwin,mulalah sedih.susah betul nak terima hakikat lepas ni mesti jarang jumpa.even aku pernah dengar dalam radio,ade yang sanggup tanak kawen sebab tanak lepaskan hidup bujang yang boleh keluar anytime dan free like a bird nih.kemain.
itu aku tak boleh nafikan,sebab lepas kahwin,kita secara automatik akan tahu priority kita.dan kita takkan boleh komplen sebab suami akan tolerate.Maksudnya taklah all the time nak jumpa kita kena ada,but kenalkanlah kat dia kawan-kawan,dan dia tahu,kita tahu priority kita.kalau waktu tu free,ape salahnya jumpa kawan2,kan?
sekarang?alhamdulillah,walaupun tak kerap mcm dulu,tapi husband akan teman bila nak jumpa kawan-kawan.So masa dengan kawan-kawan tu still ada.Thank you for being supportive and understanding,sayang!
Banyak sebenarnya nak listkan. tapi waktu ni lah dia tak terkeluar idea.
After all,masing-masing punya usaha dan kreativiti nak mengharmonikan rumahtangga memasing.ada yang kata sejak kahwin tak pernah tinggal solat berjemaahla,selalu masak sama-sama lah,tpanjat gunung sama-samalah,tu semua terpulang pada individu (dah tiba-tiba jadi entri tips rumahtangga pulak!).
Semoga semuanya sejahtera,amin!
2 comments:
Ko ingat ko sorang ada list lagu dalam henpon? *dengan nada xmo kalah*
Ekekeke.
oklah oklah
fair fair
hahaha!
Post a Comment