kelakarnya tajuk.
ya,semalam hujan lebat2 sangat.
balik dari pejabat,alih-alih tengok ampaian dah senget sebelah.
baju-baju bersidai semua dah luar dari balkoni,tinggal lagi sebab bersepit kat ampaian.
dan ada yang terkorban.
kain batikku.
en.s berusaha jugak mencari-cari kat tingkat bawah,tapi tak jumpa.
tapi so far mangsa yang dikenalpasti adalah kain batik dan t-shirt selai.
nasib baik yang lain-lain ada.
haha.
minggu ini sangatlah sibuk.
bangun pagi terus fikir nak buat apa and apa yang nak kena selesaikan harini.
due date bertimpa-timpa plak tu.
dah lama takde perasaan macam ni.
harini selepas hampir 4bulan kahwin,baru nak rasa jauh sikit dari en.s.
jauh sikit maksudnya lebih dari 24 jamlah.
en.s nak balik kampung,pn.i pulak tunggu adiknya datang menemani.
esok baru balik Putrajaya,insyaAllah.
oklah.selamat hari Jumaat!
No comments:
Post a Comment