Thursday, March 17, 2011

Al-Fatihah.

al-Fatihah buat arwah Tok Long Ibrahim..abang sulung kepada atuk wahab..atuk sebelah ibu yang telah kembali ke rahmatullah tengahari semalam 16 Mac 2011 di Melaka...

juga kepada yang tersayang dan akan diingati selalu...
arwah Paklong Dewa atau Mohd Dewa...yang telah kembali ke rahmatullah sebaik sahaja pulang dari pengkebumian Tok Long...
pada waktu maghrib semalam di Melaka juga..
sesungguhnya pengkhabaran itu amat mengejutkan..
selepas pertemuan Paklong Dewa dan ibu di pengkebumian Tok Long, Paklong hantar atuk dan nenek ke rumah Tok Man di Gadek,sementara arwah ingin berehat di rumah adiknya berdekatan...
selesai wudhu' dan ingin solat maghrib, arwah berasa sakit dada dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.45 ptg...

Paklong Dewa merupakan anak saudara nenek dan atuk..
juga merangkap keluarga angkat yang amat rapat dengan kami..
paklong ibarat abang yang paling tua dalam adik beradik ibu..
arwah antara yang paling berdekatan tinggal dengan atuk dan nenek
dan yang paling banyak membantu atuk dan nenek tatkala kami anak beranak yang jauh ini memerlukan pertolongan,arwah yang sentiasa ringan tulang membantu.
terlalu banyak jasa arwah kepada kami,atuk dan nenek.

nenek menjaga arwah sejak kecil dan nenek merupakan insan yang paling sedih atas kehilangan arwah...
mari kita doakan semoga arwah Tok Long dan Pak Long Dewa sentiasa di bawah rahmatnya...
Innalillahi Wa'inna 'Ilaihi Raji'un...
Terima kasih Pak Long dan Tok Long...

No comments: