"hidup ini tak sentiasa berada di atas..ianya ibarat roda,kadang kala ia berada di bawah,dan kadang kala berada di atas..."
kadang kala ada juga perasaan yang hidup kita sedang berada di tengah-tengah,stagnant...
kalau ada graf garisan kehidupan,ianya di tengah-tengah di antara atas dan bawah...
tipulah kalau ada orang kata hidup dia senantiasa di atas...
sebagai manusia normal,ada ketikanya juga life aku di bawah...
pernah aku rasa buntu,sedih..aku balik kampung jumpa atuk dan nenek di Kluang..
sebab aku rapat dengan diorang...
selain sentiasa minta dariNya,supaya kita tidak terkeluar dari laluan yang sebenarnya dan sentiasa berada di laluan yang lurus...
******
untuk orang yang kurang sukakan cabaran,mereka tak kisah.
asalkan hidup kita ok,cukup makan,takda orang ganggu,tiada masalah yang besar,masih boleh tidur dan bernafas macam biasa,oklah.mahu apa lagi?
bagi sesetengah yang cepat rasa boring,nah..macam2 aktiviti dia nak buat nak kasi hilang boring.
sengaja nak menurun naikkan graf kehidupan tu,bagi lebih mencabar.
nak kehidupan lebih mencabar,jangan cari masalah pulak..carilah aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh bagi improvement pada diri sendiri.
mencari hobi mungkin?perkara yang kita minat untuk buat.
atau perkara yang kita tak pernah buat,tapi nak merasa sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
atau mungkin,rasa diri ni kurang pengetahuan agama..
langkah seterusnya pergi kelas ugama,rajin ke masjid,belajar mengaji...
bagi yang suka aktiviti luar,pergilah main paintball,panjat gunung,mandi air terjun,masuk hutan,pergi berkayak,macam2 boleh buat.
pernah sekali,datang mood aku tiba-tiba nak buat sesuatu yang tak pernah aku buat.
selalunya mood tu datang bila graf kehidupan lama sangat berada di tengah-tengah.
kebetulan ada aktiviti mendaki gunung oleh Persatuan PTD.
al-kisahnya aku sebenarnya tiba-tiba terasa nak pergi ke Gua Niah,sebab aku tak pernah masuk gua.
ada aku suarakan hasrat hati pada officemate,nampak macam respon baik.
tapi since jemputan mendaki ni timbul,aku dan officemate terus sign-up.
aku tak pernah mendaki gunung.
tak pernah dalam kamus hidup aku beli khemah nak duduk dalam hutan.
tak ada pengetahuan sebelum masuk hutan dan mendaki gunung.
tidaklah gunung yang famous yang tinggi-tinggi belaka,tapi kalau nak tahu tahap kecerunan dan susahnya,cubalah Gunung Datuk di Rembau.
untuk pendaki-pendaki tegar,mungkin apelah sangat.
tapi untuk orang biasa ia memang sangat apa-apa.
sehingga aku berjaya mendaki pada Februari 2009,aku tidak tahu yang aku mampu lakukannya.
hanya aku dan officemate adalah kaum perempuan.
yang lain-lain cancel pada saat-saat akhir.
kenal dengan pendaki lain pun waktu berkumpul sebelum mendaki.
kepuasannya,subhanAllah!
cantiknya ciptaan Allah,tak tergambar tatkala aku sampai di puncak Gunung Datuk.
sangat berbaloi-baloi!
di puncak Gunung Datuk
penat lelah,rupanya pendaki-pendaki yang lain adalah pendaki tegar.
aku dan officemate hanya bawak barang keperluan yang kami rasa cukup.
sebelum daki,bebanan beg kami telah ditambah yang aku kira beg aku berat dalam 2-3kg.
nak terbalik rasanya.
rupa-rupanya pendaki lain ada menu dalam kepala,nak makan apa sampai puncak nanti.
agak-agak ape menu kami?
ayam masak lemak,kentang black pepper dan sayur goreng!
of courselah ada nasik.
dan lai chee kang!(gambar ada di komputer lain)
patutlah beg aku berat..segala bawang,kentang,ayam,garam,kicap,sos,semua di angkut!tinggal takde lesung batu je!
dan agak-agak,sape kena masak?
jeng jeng jeng!
masak untuk makan malam
ada lagi gambar bukti yang lebih kukuh (gambar si tudung biru pegang senduk) tapi tak jumpa pulak..malam tu,kami belajar cara-cara nak survive dalam hutan.mcmana nak gunakan peralatan-peralatan yang paling mudah dibawa untuk digunakan sekiranya sesat dalam hutan..
contoh yang aku paling ingat,brader yang baju kuning hitam tu adalah pendaki Gunung Datuk,dia ada satu beg kecik yang cukup barang-barang multiple use kat dalam tu.
xyah nak bawak beg galas besar segala.yang aku ingat salah 1 barang yang ada dalam beg kecik tu adalah kond*m,yang mana tahu atau tak..ada cara menggunakan kond*m tu untuk menakung air untuk diminum.
sebabnya getah yang digunakan untuk membuat kond*m adalah sangat elastik dan tak mudah pecah.so banyak kegunaannya.(dalam banyak2 tu je pulak yang aku ingat.ceh!)
lepas dari tu,baru aku tahu yang baaaanyak benda yang aku tak tahu sebelum masuk hutan ni.dalam erti kata lain,tak prepare.
redah je.punyelah bahaya.
tapi,kadang2 lebih baik kita tak tahu sebelum melakukan sesuatu perkara.
sebab kita tak mungkin akan buat perkara tu kalau kita tau macam2,kan?
mcm aku,lepas aku belajar macam2..aku rase kalau aku tahu sebelum aku mendaki,silap haribulan aku tarik diri dulu!
tapi,kadang2 lebih baik kita tak tahu sebelum melakukan sesuatu perkara.
sebab kita tak mungkin akan buat perkara tu kalau kita tau macam2,kan?
mcm aku,lepas aku belajar macam2..aku rase kalau aku tahu sebelum aku mendaki,silap haribulan aku tarik diri dulu!
dan aku pernah kena sound bila aku nak halakan torchlight ke langit waktu malam.haish.
banyak ilmu yang aku dapat waktu tu.yelah,diorang ni sume dah biase daki gunung..kitorang ni baru 1st time.
sekarang baru aku tahu,kenapa ramai sangat pilih 'jungle-tracking' sebagai subjek kokurikulum mase kat U dulu..aku?volleyball....alahai.
yang bawah ni pulak waktu petang dan pagi esoknya..
subhanAllah cantiknya...bawah tu pekan Rembau
menjejaki diri sendiri,cewah!
dah lama aku tak buat aktiviti-aktiviti mcm ni..cuma lepas tu adalah join paintball-yang dah tentu bukan jiwa aku.
kalau aku rasa dah lama sangat berada di garisan stagnant,aku akan buat aktiviti yang tak pernah aku buat, atau pergi ke tempat yang aku tak pernah pergi.
dan nah,gigil kepala lutut bila turun gunung sebab gunung ni sangat cerun!
turun gunung lebih susah dari mendaki tau!













No comments:
Post a Comment