rata-rata orang bercerita tentang Tsunami di Sendai,Jepun dan penyebaran radiasi di Fukushima.
dah lebih seminggu Tsunami berlaku,media massa dan elektronik masih meletakkannya sebagai hot news (selain dari DUN bubar di Sarawak,rakyat Sarawak mahu balit nait belon mahu pilihanraya,ketidakpuasan hati rakyat Libya terhadap Muammar Gaddafi serta manusia-manusia yang beriya-iya bergambar seperti terjerit-jerit memegang manila kad memaksa DSAI menyerahkan DNAnya)
kalau baru nak mula jumpa dan kenal-kenal bakal bapak mentua, atau sementara menunggu giliran di bank,ni mungkin topik yang amat sesuai untuk dibualkan.
perjalanan aku,ayah,along dan Naim ke Kluang Khamis lepas untuk menghadiri pengkebumian arwah Paklong tak terlepas dari menceritakan tentang hal ni.
Along kata,ada seorang kawannya menulis status di facebook (lebih kurang ayatnya,yang penting mesejnya sama)...
"kejadian Tsunami di Sendai adalah akibat daripada doa-doa nenek moyang kita dahulu kerana mereka menjajah negara kita"
apa pendapat anda?
kata along lagi,status kawannya itu berjaya mengundang banyak komen.
kebanyakannya komen mengutuk status yang ditulis.katanya penulis sangat cetek pemikirannya. Tsunami adalah bencana,dan tidak ada sesiapa di dunia ini yang mahu ditimpa bencana.
dan status itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran sang penulis.Ianya langsung tiada kena mengena dengan apa yang berlaku di negara kita sebelum ini. Bukan kita untuk menentukan hal itu.
Dalam erti kata lain,ianya semua di luar kuasa kita.
Ingat,di luar kuasa kita.
kuasa siapa? DIA.Di atas sana.
kerdil kita,bukan?
ciptalah apa saja yang paling canggih dalam dunia.
sistem komunikasi terhebat.
sistem pengangkutan paling laju dalam dunia.
teknologi yang tidak ada bandingnya.
sekelip mata ianya hancur.
hanya dengan kuasaNYA.
aku masih teringat sewaktu di universiti dulu.
waktu kami rakan-rakan MPP menjadi fasilitator kepada adik-adik di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
rakan sebilikku,Kak Mazida ada menceritakan kepada adik-adik yang aku ingat sampai sekarang.
Jepun adalah negara yang unik.
juga bijak.
sebab itulah negara mereka maju.
Diberikan satu perumpamaan untuk membuktikan kebenaran ayat di atas.
dapat dari mana,aku tak tahu.
mudah sahaja cerita dia.
sewaktu Amerika Syarikat membina jet yang laju untuk berperang yang membawa bom ...
negara Rusia pun membina jet yang lebih laju dari Amerika Syarikat..
juga negara-negara lain
berlumba-lumba membina dan membeli jet paling laju...
tahu apa yang Jepun buat?
dia mencipta teknologi yang boleh membalikkan semula jet-jet yang datang ke negara mereka.
faham maksud aku?
Jepun berfikir lebih dari itu.lain dari yang lain.
kerana itu mereka maju.
lainnya Jepun dengan Amerika Syarikat,Jepun berjaya mendapat lebih penghormatan dari negara luar berbanding Amerika.
mengapa?
salah satu sebab adalah kerana sikap rakyatnya.
kebanyakan yang pernah ke negara matahari terbit itu akan berkata,rakyat Jepun adalah rakyat yang penuh dengan budi bahasa.Tinggi pekertinya.
sehinggakan mereka bukan sahaja tunduk tanda hormat sesama manusia,tetapi juga kereta!
unik,bukan?
teringat insiden aku dan seorang rakan,Nadiah sewaktu di Singapura.
kami sesat jalan dan cuba untuk bertanya kepada seorang gadis.
rupanya dia pun tourist,dari Jepun!
baru sampai semalam katanya,berseorangan.Kumiko namanya.
percaya atau tidak,kami sama-sama berjalan di Singapura sehingga aku dan Nadiah ingin pulang semula ke Johor Bahru.
insidennya apabila kami ingin melintas di laluan kereta.
Lampu merah untuk pejalan kaki menyala.tapi oleh kerana tiada kereta dan kami pun melintas.
separuh jalan,ada kereta sampai.
dan kereta terus bergerak ibarat kami tidak wujud maka kami lari sekuat hati dan bunyi hon sekuat-kuatnya menunjukkan betapa kami menghalang laluan mereka.
tercungap2 aku,Nadiah dan Kumiko selepas sampai di hujung jalan.
dan tahu apa kata Kumiko?
"Is that how you walk on the street in Malaysia?is it the same?"
malu aku.kerana kami menunjukkan sikap yang tidak baik.
we are not obliged to the rules,unlike the Japanese.
ya,kawan along mungkin tidak sensitif.
ini bukan masanya untuk pelukis kartun sinis di akhbar melukis gambar Ultraman sedang melarikan diri dari Tsunami.
juga bukan masanya untuk menulis "mana Ultraman,Power Rangers dan Doraemon masa Tsunami?" sebagai status facebook atau di twitter.
bukan masanya untuk bergurau.
untuk pengetahuan, Jepun adalah antara negara yang terawal yang menghantar SMART team mereka ke negara-negara yang dilanda gempa bumi.
kerana mereka mempunyai team yang telah dilatih,memandangkan negara mereka adalah negara yang paling kerap dilanda gempa bumi.
kecil sangat bantuan kita pada mereka sebenarnya (yang penting niat).
bukanlah niat mengagung-agungkan mereka...cuma terfikir tentang perbualan dengan ibu mertua semalam.
"Tsunami itu kuasa Tuhan,tapi radiasi itu adalah dari manusia sendiri"
"mereka tidak belajar dari sejarah,kejadian di Hiroshima dahulu akibat daripada ingin menguasai Asia Raya,mahukan kuasa dan politik"
(aku akui,aku tidak pandai tentang hal-hal sejarah)
"sama seperti sekarang,loji Nuklear diwujudkan untuk menguasai ekonomi yang mana akhirnya memakan diri mereka sendiri."
walaupunlah Jepun kata ianya tidak membahayakan dan masih boleh dikawal.
bayangkanlah,loji itu dibina pada tahun 1965 yang mana tidak sampai 10 tahun kita meraih kemerdekaan.
sedangkan dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan, Tidak akan binasa/hancur dunia itu melainkan dari tangan-tangan manusia sendiri...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment