Friday, March 25, 2011

Isu Halal

walaupun ada astro di rumah, kadangkala kami masih menonton channel RTM,TV1.
selain berita, Eksklusif 1 pun best.
kalau di tanya, Eksklusif 1 ni ala2 macam Majalah 3 di TV3.
so far yang aku ingat,ada diorang cover tentang mcmana nak buat Vanilla Extract, dan juga isu Al-Arqam.
memang best,sebab banyak benda yang kita tak tahu,kita dapat dari Eksklusif 1 tu.
Simple I can say, memang boleh compete Majalah 3 lah.
good job, RTM.bravo!

balik dari pejabat petang tadi,kitorang tengok TV1.
berkenaan dengan isu Halal.
banyak benda yang di share.

memang kalau ikutkan, nak cerita bab halal haram ni memang banyak.
but here in Malaysia, bak kata sorang ustaz dulu aku tengok tv dia kata, di Malaysia kalau haram tu lebih kepada babi.
yang kelakar tapi sinisnya dia kata ... kalau agak-agak kita malas nak bangun solat subuh tu,kenapa tak nak andaikan yang kita tidur atas babi? so that kita akan cepat-cepat bangun ... dan solat subuh.
kalau nak pegang tangan bukan muhrim, anggaplah kita pegang babi. confirm kita tak pegang.
kalau nak pakai kosmetik yang diragui halal haram, anggaplah kita calit babi dan letak pada bibir sebagai lipstik.
senang cerita.
dan sebab itulah pemahaman bukan Islam berkenaan isu haram ni jadi macam tu.
dan kita yang beragama Islam ni lah yang bertanggungjawab untuk menjelaskan berkenaan dengan hal ni.

jijik,bukan?

sampai macam tu sekali nak memahamkan manusia ni.
jahil sungguh kita.
ok.

berbalik kepada cerita 'Halal' tadi, seperti entri aku yang lepas,aku pernah query..macam mana kita nak tahu sesebuah logo halal kat produk makanan tu betul-betul Halal?
supaya kita taklah rasa was-was pada produk yang tak ada tanda halal, dan juga tidak was-was pada tanda Halal?
tup tup kes terbaru,sijil Halal dipalsukan oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab.
ape kes?
sijil pun boleh palsu!
apelah sangat print logo halal pada produk.
tapi, tak dinafikan...JAKIM banyak menjalankan tugas untuk mengatasi masalah ni.
dan kita sebagai pengguna juga dialu-alukan untuk membuat aduan sekiranya ada keraguan berkenaan isu Halal, atau sekiranya ada idea-idea yang bagus,pun boleh diajukan pada JAKIM.

menurut Setiausaha Agung PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) Datuk Dr Ma'amur Osman, ada 3 faktor atau cabaran untuk melaksanakan Hub Halal di Malaysia ni (untuk pengetahuan kita selaku pengguna juga) :

Pertama - barangan yang diimport,terutamanya dari negara-negara maju seperti Eropah. kerana negara-negara ini mempunyai sistem codingnya yang tersendiri. Seperti contoh, barangan yang diperbuat dari bahan dari kod E41 yang JAKIM mempunyai masalah untuk mengenalpasti sumbernya. maksudnya, halal atau tidak.
Itu baru satu kod, kalau 1 barang tu ada 10 kod? dan kalau ada 10,000 barang, macam mane?

Kedua - Packaging. Ada sesetengah barang mempunyai packaging yang hebat-hebat. Kita selaku pengguna memang tak dinafikan tertarik lebih kepada packaging barang,kan? Dan packaging yang hebat-hebat ni wujud sehingga berjaya mengelirukan pengguna. Itu tak termasuk penggunaan ayat-ayat yang scientific. Kita bukan tahu ape kejadahnya semua tu. So,beware.

Ketiga - Harga. Menurut Datuk juga, produk-produk Halal ni agak sukar untuk bersaing di pasaran. Sebabnya produk Halal ni niche market. Hanya beberapa tempat je yang menerima produk berstatus Halal ni. So producer tak mampu nak hasilkan produk dalam kuantiti yang banyak, secara tak langsung tak dapat memberi harga yang kompetitif dengan produk yang sama di pasaran.

So itulah cabaran-cabarannya.

Dalam cerita tu pun ada tanya, berapa ramai pengguna yang baca ingredients di setiap packaging produk?
dan berapa ramai yang tahu dalam air-air kotak atau air-air botol pelbagai perasa dalam fridge yang nampak sedap tatkala diri ini kehausan adalah Halal?
nampak macam Halal, sebab perasa mangga lah, apple lah, aloe vera lah, tapi berapa ramai yang tahu yang produk ni mengandungi Gelatin?
dan berapa ramai yang tahu Gelatin ada yang dihasilkan dari lembu?
dan berapa ramai tahu yang Gelatin dari lembu itu adalah dari lembu yang disembelih ataupun tidak?

haaa...complicated kan?
so macam mane?

plus, isu Halal haram ni jugak bukannya hanya pada makanan.
barangan bayi, kasut contohnya..yang mana ada tulis 'Pig Skin Lining' atau 'Made of Pig Skin' tu oklah, yang tak tulis..kita boleh nampak dengan mata kasar ke?


Sumber : Google

tu tak termasuk isu riba lagi. Baru sentuh bab makanan, yang kita makan hari-hari.
mintalah dijauhkan dari perkara-perkara yang mengelirukan ya Allah.

"Tiap tubuh yang tumbuh dari (makanan) yang haram maka api neraka lebih utama membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)"  dari Sumber 

No comments: