Tuesday, March 8, 2011

demam kus kus

akibat daripada kedemamam pada hari Ahad tersebut..
aku mc pada hari Isninnya,semalamlah.
sebabnya badan aku terasa seperti kejap sejuk,kejap berpeluh2 dan berlengas.sangatlah tak selesa.
paling tak boleh tahan,sakit kepala yang Allah sahaja yang tahu.
aku tak boleh tidur malam tu,bertukar posisi setiap 2-3minit.
baru nak lena,kepala aku sakit yang amat.
kejap mengiring ke kiri,sekejap ke kanan,sekejap rasa seperti mahu tidur sambil duduk.mujur tak mengganggu encik suami.

suhu badanku panas.mahu ke klinik,sudah pukul 11malam.esok saja.
semua serba tak kena.
sebelum tidur,tiba2 buang tebiat nak mandi.
layankan aja.

esok pukul 8.30pagi setelah lap2 badan saja,terus ke klinik di Hartamas.
tempatku biasa pergi kalau tak sihat,walaupun mahal sikit,tapi aku lebih selesa ke sana sebab Dr kat situ bukan sekadar mendengar sakit kita dan terus memberi ubat,tapi juga memberi nasihat2 penting kenapa sakit tu terjadi,ape makanan yang sepatutnya avoid,itu yang penting.

so nak tahu ape sakit aku?
Dr kata aku kurang exercise.hahahahaha!
aku memang low blood pressure,masa check haritu pun 100/60.
itupun kira ok,sebab aku pernah mencapai sehingga 75/50.
tapi menurut Dr,dibandingkan orang yang tekanan darah rendah yang bersenam 3-4kali seminggu dan orang tekanan darah rendah yang tidak bersenam,yang bersenam tu lebih sihat.
sekurang-kurangnya jantung dia dapat mengepam oksigen sehingga ke kepala.
tu sebab aku asyik rasa sakit kepala,pernafasan pendek dan cepat penat,dan asyik nak pitam.
Dr suruh amalkan makan Vitamin C,for the time being avoid susu dan buah sebab takut effect perut.jangan ambik heavy food.

Dr kata,kita tengok keadaan esok kalau masih belum baik,datang semula dan buat blood test.

ok.

lepas ambik ubat segala,kami segera ke farmasi,nak beli Vitamin C.
baru naik tingkat atas tempat jual supplement,sedang en.suami bercakap-cakap dengan salesgirl,aku dah rasa nak pitam.
tanya salesgirl,mana tempat duduk dan menunggu sehingga en.suami buat pembayaran.
turun dari farmasi,nak cari barang lain kat tingkat bawah..aku rasa separuh pemandangan aku hampir kelam.
nak pitam lagi,aduh.
cepat-cepat tarik tangan suami nak terus ke kereta.
en.suami suruh tunggu sementara dia pergi ambik kereta.
tapi aku rasa kalau aku tunggu,belum sempat dia sampai kereta aku dah terbaring kat situ dulu.
so aku jalan cepat-cepat ke kereta dengan separuh permandangan yang kelam dan terus rehat dalam kereta.
mujur tak jatuh kat situ.

aku rasa semalam sahaja tak tahu berapa kali aku mahu pitam.
en.suami masakkan bubur,aku nak buat sup ikan.
baru berdiri sekejap di dapur,2-3 minit,sakit kepala nak pitam.
nak buat apa pun tak jadi.
3,4 kali.
lemah rasanya.

badan sekejap meremang-remang sejuk,kejap berpeluh-peluh.
last-last sup terpaksa beli je.
lepas makan,makan ubat..berpeluh,rasa ok sikit badan.
tidur dan kemudian bangun untuk mandi.

kesimpulannya semalam seharian depan tv bawah selimut.
lepas zohor baru keluar sekejap selesaikan beberapa urusan,sebab tak nak terperap je kat rumah.
kalini ok sikit.
pernafasan pun okey,alhamdulillah.

harini beransur pulih,walaupun masih terasa belum pulih sepenuhnya.
harap-harapnya semakin baik,insyaAllah.

syukur padaNYA masih dipanjangkan usia.
terima kasih en.suami kerana bertungkus lumus menjaga dan sentiasa berada disampingku 24 jam,sampai tak pergi ke kelas semalam. =)
thank you so much sayang

2 comments:

Miss CJ said...

klinik yg mana weyh? dekat dgn mamak corner diorang slalu lepak tu ke?

FRSR said...

bukan.klinik desa sri hartamas.next to maybank hartamas