Tuesday, March 22, 2011

thank you Uncle!

dalam perjalanan pulang dari Kuantan Ahad lepas,aku dan encik suami berborak2.

tak banyak yang kami borakkan sebenarnya.

tapi entah kenapa,dalam tengah berborak-borak tentang waktu aku di universiti dulu..
alih-alih terbukak cerita tentang Uncle Taxi.

aku tak pernah teringat tentang dia,tapi bila mulut sibuk bercerita,secara automatik aku teringat kembali masa aku belajar di Johor.

ceritanya bermula mcmni...

(aku, suami)

"dulu kan sayang,mase I belajar..2nd semester fakulti kitorang kena pindah ke kampus luar,kitorang panggil kampus bandar"
"so nak pegi kampus bandar,sama ada naik teksi ataupun bas"
"I think few times jugak bila I naik teksi,taxi driver tu akan tanya,'Orang mane dik?'"
"I suruh dia teka and tak ada jawapan lain I dapat selain diorang jawab 'Kelantan' "

"ehm..kenape eh?"
"I pun tak tahu,padahal taxi driver yang kebanyakannya loghat Jawa tak tau yang I anak orang Jawa!walaupun hakikatnya I tak pandai cakap Jawa.hahaha!"

aku pun tak tahu ape motif aku cerita tentang hal tu.
mungkin nak menghilangkan boring tatkala jalan yang agak jem di Karak.

lepas daripada tu,tiba-tiba aku teringat satu perkara.
aku tak ingat mcmana kejadian ni bermula,tapi yang aku pasti ianya berlaku waktu aku dalam First Year.
sama ada 1st atau 2nd semester.

aku selalu menggunakan perkhidmatan teksi,sebab asrama berada di main campus,sedangkan kelas di kampus luar.
1 lagi,aku selalu ambik teksi bila aku balik dari KL ke Batu Pahat naik bas ekspres dan untuk ke kampus,aku tak sanggup untuk mencium bau-bauan manusia yang pelbagai rupa dan bau dalam bas..maka teksi lah pilihan aku.

kadangkala kalau bas dari KL pukul 5 petang,dalam pukul 8 malam jugaklah aku sampai di BP.
teksi masih ada di perhentian bas waktu tu,tapi semuanya charge yang sama.
RM20 untuk perjalanan kira-kira 30km.
RM20 untuk pelajar mcm aku waktu tu,mahal woo.
kalau aku tahan teksi dari kampus ke BP,murah sikit..sebab one way.dalam RM5.
tapi ini sebab aku sorang,malam pulak tu..so mahal.
itu alasan driver-driver kat situ.
dan diorang semua sudah pakat2 takkan kurangkan harga.

memang masalah untuk aku.

berbalik kepada ayat tadi,aku tak ingat bila perkara ni berlaku..
tapi suatu hari bila aku mahu ke BP dari kampus,aku naik teksi sorang Uncle ni.
Cina.berumur lebih kurang awal 50an.
aku ingat rupa dia.
tapi aku tak ingat no plat teksi dia.

cerita punya cerita..dia kata,
"ambik saya punya nombor,nanti apa-apa hal mau balik sini kasi talipon sama saya.kalau saya free saya datang ambik"

maka aku pun ambik.

percaya atau tidak,dialah penyelamat aku sehingga aku ke tahun akhir sekiranya aku memerlukan perkhidmatan teksi sama ada dari kampus ke BP,atau BP ke kampus.

aku tak ingat berapa kali aku pernah telefon dia.
tapi aku hanya call bila waktu aku betul-betul memerlukan.
kalau tak ada teksi,atau kejadian seperti yang aku ceritakan.

seringkali aku pulang dari KL,aku akan sampai BP selepas maghrib.
maka aku telefon Uncle.

"Uncle ada mana?boleh ambik saya ka?"

sama ada dia ada berdekatan,atau dia di tempat jauh dia kata tunggu 10minit atau dia tidak ada di tempat kejadian,dia akan beritahu.

berapa tambang dia ambik?
kurang rm10.
tak kira dimana,pukul berapa.

pernah aku telefon dia,waktu tu dalam 9malam.
dia kata "saya mahu keluar makan sama isteri saya.tapi takpa,nanti saya datang. lu tunggu sana."
dan dia datang ambik aku,bersama isteri dia yang  berpakaian cantik nak pergi makan.percaya atau tidak.
mulianya hati dia.

Uncle jarang bercakap,tapi aku pernah borak-borak dengan dia.
dia kata dia ada anak perempuan lebih kurang sebaya aku belajar di KL.
Di Taylor's College.aku ingat lagi.
dia seronok cerita pasal anak dia,dan dalam cerita2 tu pernah dia selitkan nasihat.

"Lu sini jauh-jauh belajar aa..mesti mau rajin2.mesti belajar cakap Inggeris punya.kalau lu pandai cakap Inggeris aa manyak bagus sinang nanti.Ingat aa"

aku tunduk je paham kononnya.

dan bila aku ada seorang kawan baik yang belajar di Taylor's College kata dia ada seorang kawan Cina dari Johor yang rapat dengannya..aku mesti selalu terkait dengan Uncle tu.
entah kenapa.

aku berani kata,Uncle tu tak tau pun nama aku.
dan aku pun memang tak tau nama dia,I mean pernah tau..tapi lupa.
dan aku selalu tak ingat no plat dia,aku cuma tahu bila sampai..tu lah teksi dia.
walaupun waktu tu dah ada penumpang lain dalam kereta.
mcmana dia tahu itu aku,kalau aku call dan kata "Uncle,tolong ambik saya..."
sehingga aku tahun akhir semester akhir,aku ingat dia pernah kata anak dia sudah kerja di KL.
gembira dia.
dan pernah juga beberapa kali masa aku perlukan pertolongan dia,dia kata

"saya ada sini KL aa,sini tengok anak saya"

aku tak ingat bila kali terakhir aku naik teksi dia.

bila aku kata aku dah nak habis belajar,dia cakap, "sikijap saja lu sudah 3 tahun sini aa. Itu hari baru masuk sini belajar. lepas ni cari kerja bagus2."yang pasti lepas tu telefon aku rosak,dan nombor dia hilang.




dan tidak ada lain ingin aku ucapkan,melainkan,

"Terima kasih Uncle.Uncle manyak tolong saya!"

inilah 1Malaysia namanya.

2 comments:

lilRed Farah said...

sesebak plak aku baca cerite kau. i am proud to say am from BP, infact kampus bandar kau tu sebelah je dengan rumah oyang aku. selama aku hidup ni, mmg susah jumpa bangsa lain yg baik hati, sedangkan bangsa sendiri pon suka mengambil kesempatan

FRSR said...

thanks babe.
i did mentioned to you that rumah oyang kau depan rumah sewa aku mase tahun akhir,kan?
if im not mistaken,oyang kau ada sewa bilik to few students kan?if yes,some of them used to be my classmates.
what a small world.